Pages

Sunday, April 29, 2012

Ibuk Lesie oh Ibuk Lesie

Assalammualaikum....

haa...
lamanya GMJ menyepi...
alhamdulillah, hari ni baru ada kesempatan nak menulis...
sepanjang GMJ menyepi ni..
macam-macam cerita yang GMJ nak kongsi...
ok, first of all, GMJ nak tunaikan janji...
GMJ akan ceritakan kenapa GMJ jadi garang...

GMJ memegang watak sebagai Ibuk Lesie dalam sebuah pertandingan drama...
drama ni mengisahkan, Kumang, gadis Iban yang cantik molek...Kumang mempunyai seorang ayah yang sedang sakit...
Ibuk Lesie merupakan ibu tiri Kumang manakala Endun adalah kakak tiri Kumang...
Kumang telah didera oleh ibu tiri dan kakak tirinya..
Suatu hari, Tuai Rumah telah mengadakan pertandingan untuk mencari isteri yang sesuai untuk anaknya...
Kumang telah memenangi pertandingan itu tetapi dia memilih untuk tidak menjadi isteri anak Tuai Rumah kerana dia mahu menjaga ayahnya...



ini jerr gambar yang GMJ boleh tayangkan...
kenangan sepanjang latihan drama sehingga hari pertandingan memang tak boleh dilupakan....
sayang semua!!!!

-wassalam-

Friday, April 6, 2012

Perginya Seorang Ayah dan Seorang Suami

Assalammualaikum...
Hari ini,GMJ dikejutkan dengan berita keluarga yang memaklumkan bahawa ayahanda makcik GMJ telah meninggal dunia pada jam 11 malam(4/4/12)..
GMJ tak sempat nak lawat arwah..
GMJ ada bagitahu mak nak lawat arwah semasa hayatnya,memandangkan sudah malam,mak pun cakap,esok pun boleh pergi.
Tiba-tiba GMJ dikejutkan dengan pengumuman yang menyatakan arwah sudah kembali kepada-Nya..
Situasi ini mengingatkan GMJ kepada arwah abah..

"daripada ALLAH kita datang,kepada-Nya juga kita kembali"

Semoga keluarga arwah menghadapi dugaan ini dengan tabah especially isteri arwah..
Allah lebih menyayanginya dan arwah tidak lagi menderita menanggung penyakitnya..

-wassalam-