Assalammualaikum...
Sebagai seorang remaja, anak, sahabat
dan hamba, pastinya Awadah tidak lepas daripada membuat salah silap dan dosa.
Apabila dilihat
dari konteks seorang remaja, ya, Awadah juga seperti remaja yang lain. Waktu
belajar, saya belajar. Waktu bermain, saya bermain. Saya juga memiliki akaun facebook, twittter dan blogger sendiri. Ber‘couple’? Ya. Juga
pernah.
Jika dilihat dari
konteks seorang anak. Saya punya tanggungjawab yang besar. Sebagai anak
sulung,saya membantu ibu dalam keseluruhan kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi
dengan keadaan kami yang ketiadaan seorang ayah yang dijemput awal oleh Allah.
Sebagai seorang anak, saya berbeza dari remaja yang lain. Saat mereka happy keluar bersama rakan-rakan, saya
mampu tersenyum kelat. Ramai remaja masa kini menjadikan keluar ke shopping complex bersama rakan-rakan
setiap hujung minggu adalah satu budaya. Setiap kali saya pergi ke shopping complex, saya terkejut melihat
remaja yang boleh kugelar adik itu sedang ber ‘enjoy’. Dressing mereka mengalah saya yang hanya ber ‘T-shirt’
biasa dan seluar ‘slack’. Kadang-kadang
saya terfikir bagaimana parents mereka
boleh membenarkan anak-anak mereka bersendirian tanpa ada orang dewasa yang
menemani. Ketika umur sebaya sebaya
dengan mereka dulu, mak dan abah saya tak pernah benarkan saya keluar bersama
kawan-kawan. Even nak keluar dengan cousin sendiri pun saya ditanya dengan soalan-soalan yang belum
tentu dapat dijawab. Sebab itu, setiap kali kalau ada siapa2 yang ajak saya
keluar, memang akan kecewa dengan jawapanku. Dan yang paling bahaya, setiap
kawan lelaki yang saya ada memang akan gerun nak bertandang ke rumah sebab mereka akan berdepan dengan abah saya.
Huhuhu... Tak lah. Abah saya ok jer. Asalkan korang tak ada niat dengan anak
daranya yang seorang ni. Kalau tak, korang akan dapat jelingan percuma daripada
abah. Mak saya, sama jer dengan abah. Oh ya, kawan-kawan lelaki saya hanya
dibenarkan datang ke rumah saya pada Hari Raya dan pada hari majlis-majlis
tertentu sahaja.
Jika dilihat dari
konteks sebagai seorang sahabat, saya adalah insan yang misserable. Memang payah. Dan saya seorang yang tegas. Paling tak
best, saya sentiasa bercanggah pendapat dengan kawan-kawan. Tapi semua itu
bukan alasan untuk saya tidak punya kawan. Oleh kerana keaktifan saya
disekolah, saya pernah menghabiskan masa belajar dengan mengikuti kem-kem yang
diadakan. Saya pernah dimarahi cikgu kerana terlibat dengan kem ketika musim
ujian. ^;^ J Apa boleh buat, TAK AKAN ADA PELUANG KEDUA SELEPAS KITA TOLAK PELUANG
PERTAMA. Semua itu adalah pengalaman. Sekolah, rumah kedua saya. Kebanyakan
masa saya diluangkan dengan aktiviti di sekolah. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan
adalah keluarga besar saya. Cikgu-cikgu kat sekolah, ada yang saya tak panggil
cikgu. Saya panggil mummy, ummi, daddy, papa. Apa-apa je la Wadah.
Sebagai seorang
hamba, dengan iman yang senipis kulit bawang ni, terus terang saya katakan saya
masih kekurangan ilmu. Alhamdulillah, Allah hapuskan sifat sombong dengan ilmu
dalam diri saya. Saya masih mengejar ilmu untuk hidup di dunia yang penuh
dengan duri ini dan sebagai bekalan untuk ke dunia seterusnya.
Saya pernah
mengikuti KURSUS LEPASAN SEKOLAH yang dianjurkan oleh KELAB REMAJA ISMA
SARAWAK. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan kakak-kakak dan abang-abang
yang hebat!! ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH... Semangat saya melonjak bila
tengok mereka... Satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan dengan ilustrasi
dan tak dapat saya terjemah dalam apa-apa bahasa timbul dalam diri saya.
Tiba-tiba satu soalan terbit dalam diri saya. MEREKA BOLEH BUAT. KENAPA AKU TAK
BOLEH BUAT?? Kebanyakan mereka dapat result yang GEMPAK! Ada yang study kat Australia dan Mesir. Ada yang
jadi doktor, cikgu, arkitek. Sedangkan sama je. Makan nasi. Tinggal kat bumi
Allah. Whoah! So, tak ada alasan untuk kata TIDAK! Allah, kalau nak bagi
sesuatu, boleh je bagi dengan kita sebab apa yang kita nak tu memang dah
tersedia. Cuma Allah nak kita berusaha supaya kita merasai kenikmatan anugerah yang
kita dapat dan supaya kita hargai apa yang kita ada. So, MAN JADDA WA JADDA... J
Rasa-rasanya ini
je la yang saya nak tulis kali ni... Kalau ada apa cerita yang menarik, saya
update lagi... Apapun, SALAM MAULIDUR RASUL!
Jom LIKE page KELAB REMAJA ISMA SARAWAK!
-wassalam-