Assalammualaikum semua.
Lama Awadah tak update blog ni. Dah berhabuk, bersawang da
blog ni. Penat nak bersihkan blog ni. Haishhh. Last entry haritu pasal wedding
cousin Awadah kan. Lepas tu, Awadah terus senyap. Senyap sebab final exam dah
dekat. Senyap sebab…sebab…sebab… malas la nak bagitahu T_T
Bermula dengan Aidiladha. Tahun ni, Aidiladha kami sambut
dengan sederhana. Tiada majlis qurban dijalankan di kampung. Sebab tu kurang
meriah. Lagi satu, paklong masuk wad sebab ada masalah dengan jantung dia. Sepatutnya
paklong jalani pembedahan 3 hari selepas Aidiladha, tapi tak jadi. Then ditunda
lagi (xingat tarikhnya bila). Malam sebelum paklong dibedah, Awadah dapat call daripada mak yang makcik (sepupu
mak) meninggal dunia disebabkan ada darah beku yang ada dalam otak arwah. Masa
tu Awadah kat hostel. Kebetulan pula minggu tu minggu studi. So, keesokan
harinya selepas subuh Awadah siap2 n balik kampung. Masa sampai je di rumah
arwah, Awadah terus bacakan Yasiin. Terdengar sedu-sedan anak-anak arwah especially
anak yang ketiga dan yang bongsu. Melihat situasi tu, teringat masa mula2
kehilangan Abah dulu. Paling menyayat hati, masa tu si ayah (suami arwah)
dating peluk anak yang bongsu tu. Waktu tu Awadah memang tak boleh tahan terus
menangis jugak. Sangat sebak. Lebih kurang 3 atau 4 hari macam tu arwah
ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Allah jemput makcik. Makcik pergi
meninggalkan suami dan 4 orang anak.
Next, Final Exam. First time kot duduk Final Exam. Before tu
dah macam2 dalam otak ni. Apa yang difikirkan pun tak tau la. Mengganggu je.
Huishhh. Paling tak best macam2 ragam before duduk exam. Demam lah, nervous la.
Kelaparan la, ape la.. Paling tak best, sakit perut yang teramat masa exam. Itu
yang menyiksa jiwa. First day da menangis sebab Math. Habis exam, masuk bilik,
menangis. Lpeas tu roommate join menangis jugak
T_T
Tengah sibuk2 dengan exam, tetiba pulak Awadah ditanya
soalan macma ni, “WADAH, DAH BERTUNANG KE?”
Perghh.. Soalan tu memang perghhhh.. Senyum, gelak dulu
sebelum jawab exam tu. Mane dapat idea nak
tanya soalan macam tu? Ohh.. okay. Sebab Awadah tukar status kat FB yer?
Alaa.. come on la.. status jerr kot. Jangan la ambik serius pasal tu. Sesiapa
je boleh buat kan. Awadah saje2 je tukar. Masa tu terfikir jugak, daripada
dorang Tanya soalan macam tu, tak de ke nak Tanya soalan macam ni, “WADAH, NAK
MAKAN SUSHI TAK? JOM SAYA BELANJA AWAK MAKAN SUSHI”, whoaaa.. bahagia hidup
kalau dapat soalan macam tu. Hihihi ^_^
Lepas habis minggu exam, leganya hati. Tapi tak la lega
sangat. Nak tunggu result lagi. Hmmhh.. Ok, hari Jumaat habis exam, petang tu
terus balik. Esoknya (Sabtu) datang balik kolej sebab nak hantar kunci and
hantar kek cheese. Dalam perjalanan tu, Awadah hampir2 accident. Alhamdulillah nasib
baik tak ada apa2 terjadi. Menggigil bawak kereta tu. Pesanan kepada semua
pemandu, tolong ekk, bila nak keluar simpang, pastikan clear baru la keluar. Jangan redah jerr. Cuak nyerrr >,<
Minggu pertama cuti tu, ok jerr.. There’s something happen.
Awadah simpan perasaan kat someone. >,< then, Awadah pergi dari dia.
Sebab, Awadah taknak dia lalai sebab Awadah. Tahu, dia nak berubah. So, Awadah
biarkan dia terus untuk berubah. Semoga Allah meredhai dia. Tak kisah kalau dia
marah. Biar la dia nak marah. Awadah nak tengok perubahan dia. Nak tengok dia
jadi yang lebih baik. Nak tengok dia dapat capai cita-cita dia. Nak tengok dia
dapat realisasikan impian ibu ayah dia. Nak tengok dia dapat berbakti untuk
masyarakat. *tetiba sebak*
Then, result pun keluar. Ok. Fine. Tak mencapai target. T_T
tiga hari merajuk. Bila fikir2 balik kenapa tak dapat apa yang di target.
Mungkin kurang usaha. Lalai dalam ibadah. Tak jaga hubungan dengan Allah. Sibuk
kejar dunia sampai lalai dengan ibadah. >,< Jauh dari Allah. :’( Kakak senior pujuk. Katanya, “Its not a failure. Cuma Allah tunda kejayaan
kita sebab kurang usaha. Work harder!”, Kakak usrah pesan, “husnuzon dengan
Allah”. Seminggu lepas tu da ok. Dapat terima kenyataan. Next sem, buat yang
terbaik. Taknak ulang perkara yang sama. >,< T_T
Teringat dengan pesanan daripada cikgu bila Awadah kata
study kat Asasi sangat tough and susah. Cikgu pesan suruh kerja lebih keras.
Haishh, sebak pulak. Air mata asyik nak mengalir. Kalau kat sekolah dulu, ade
je motivator yang bagi motivasi setiap hari. Sekarang ni jarang sangat. Uwaaa!!
Rindu zaman sekolah!!!
Weeeee!!!! Dua tiga hari yang lepas, Awadah dapat berita
yang kawan satu dorm Awadah kat asrama dulu da kawen!! Uwaaa!! Best nya… Dia
yang tidur di katil sebelah, makan semeja, sekarang da jadi isteri orang. Huhu.
Terasa macam nak kawen awal jugak. Hahaha. :p Apapun, tahniah di ucapkan kepada
kawan Awadah tu. Semoga kekal bahagia. Hihihi
xoxo.