Pages

Monday, September 29, 2014

Cerita baru, tempat baru, orangnya masih sama

Assalammualaikum. Ya Allah. Dah lama tak update blog kesayangan. Last update 4 bulan yang lepas. Last entri pasal habis asasi. Dulu di kampus timur. In shaa Allah entri terbaru ni pulak kisah kehidupan di kampus barat. Alhamdulillah awadah diberi rezeki dan peluang untuk menyambung pengajian di UNIMAS gemilang ni dalam kursus Kejuruteraan sivil. Alhamdulillah .. lWalaupun apa yang diminta tu tak dapat, bersangka baik dengan Allah. Tak semua yang kita minta tu Allah bagi. Tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Usah merungut kalau tak dapat apa yang dihajat.

Kehidupan di barat ni tak sesibuk kehidupan di timur dulu. Tapi agak mencabar. Kena pandai jaga diri.

Pembelajaran pulak. Alhamdulillah setakat ni tak ada kes tidur dalam kelas.

Alhamdulillah jugak. Dapat sahabat  baru. In shaa Allah sahabat  yang boleh sama2 tarik awadah ke syurga Allah.
*Bertambah lagi list jemputan perkahwinan*

Semoga dalam tempoh 4 tahun ni awadah dapat lalui segalanya dengan hati yang tabah kuat dan cekal.

TAHNIAH untuk semua sahabat asasi yang mendapat kursus pilihan hati. Semuanya hebat2. Untuk rumet asasi yang tersayang, Kinah.. tahniah kerana berjaya menjejak kaki ke Mesir. In shaa Allah balik nanti jadi doktor untuk ummah,  untuk agama.


Friday, May 16, 2014

Asasi dah habis!!!


Assalammualaikum semua.
Alhamdulillah..
Dapat jugak update blog kesayangan.
Nak tahu tak….
Awadah dah habis asasi..
Alhamdulillah.
Result pun dah keluar.
Alhamdulillah.
Walaupun xla gempak sangat, apapun bersyukur ada peningkatan & tak ada yang gagal.
Actually, sedih la jugak xdapat pointer atas 3.0.
Tapi, tak apa.
Awadah tahu tahap kemampuan awadah.
Awadah bukan jenis yang high speed, terus naik mendadak.
Semua tu naik sikit2.
Masa sekolah dulu pun lebih kurang.
Naik sikit-sikit.
Bukan secara mendadak.

Okay, Awadah dah rindu jemah2 kesayangan hati.
Bila rindu jemah2 ni, Awadah tengok balik gambar2 lama.
Rindu roommate, rindu  jiran sekampung yang selalu kecoh, rindu zuha syeera wiwi, rindu gang2 drama, rindu budak2 fizikal 2, rindu partner2 selfie, rindu geng2 usrah, rindu pentamers… rindu semuanya…

Ingat lagi masa sebelum masuk asasi, setahun lalu. Awadah, zuha, syeera, ayu, afif, helmi, izzat, aida selalu kecoh kat group asasi hayat/fizikal kt fb tu. Setiap hari, ade jer benda nk ditanya. Soalan yang pelik2 pun ada. Itu masa sebelum pendaftaran. Bila dah daftar, masuk minggu orientasi, jumpa dorang semua ni, Awadah la orang paling excited. Uwahahahaha! Afif orang yang paling lama nak cari sebab afif guna gambar monyet, nama pun pelik ; apit caster. Sekali dapat tahu siapa afif ni, terkejut monyet aku! *melampau* Then, jumpa ayu. Time jumpa  ayu ni dramatic gilerr.. Masa tu baru habis kemas bilik. Mesej la si ayu ni. Tanya dia kat mana. Nasib la bilik kami xjauh. Then janji la jumpa kat tangga. Hahahaha. Bila ingat balik, kelakar la masa jumpa tu.

Yang lain tu jumpa masa nak g kelas, jumpa kat masjid. Jumpa kat kafe. Jumpa kat CAIS.. 

Sebenarnya, best sangat dok kat asasi nih. Bagi yang datang dari sabah & semenanjung, even xde sedara mara kat Sarawak ni, jangan risau. Nanti dah sampai sini, akan jumpa sedara mara baru, family angkat. Jangan risau.  Yang penting, datang sini, study elok2. Jangan sia-siakan duit mak ayah untuk belajar jauh-jauh ye dik. J

Mula2 tu memang homesick. Dah lama-lama nanti, ok la tu. Dah ada kawan2 kat sini, hilang sekejap rindu kat orang rumah. Apapun, jangan takut datang sini. Set minda adik-adik yang orang yang adik jumpa nanti adalah orang yang baik-baik belaka. Orang yang akan bersama adik masa susah n senang. J

  
Ok. Nah, tengok la gambar2 yang d ambik masa Sem 1 and Sem 2.  

with Geehan

with nasuha. sekarang dia study kt UIA. 


last day before aidilfitri. *first sem*

puteri azira


with syeera.

our last lab 

penta avalanche

Ayu Juarah

ni la jiran sekampung

kakak senior.

kam, faa, kak falan, me.

with usrahmates



Si kemetot alya

engineer-to-be, in shaa Allah

engineer-to-be, in shaa Allah

Ini bila stress tahap dewa. 

Chinese New Year with Felicity

Group selfie

Usrahmates

Baju orange tu pensyarah yerrr

AB2C @SK Pasir Pandak

with the teachers

selfie beramai-ramai


sal, nazirah, mimi. sesi bertandang ke rumah awadah.




*ratu selfie*

drama QUEENS

sesi berdrama diakhiri dengan sesi selfie. ^_^

aina, kam, alya, ammar


#rendezvousasi

jemah2 kesayangan






itu saja yang dapat disajikan. nak tengok lagi, silalah bertandang ke instagram @ma_amd.

sebelum tu, nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu2 tadika kemas kpg bunga rampai, cikgu2 SK BATU KITANG, SK TOBOBON, SMK PAKU, SMK BGGS & pensyarah2 di UNIMAS.

Semoga Allah berkati cikgu2 & diberi kesihatan yang secukupnya agar dapat terus mendidik anak bangsa. 

TERIMA KASIH CIKGU.


Tuesday, April 22, 2014

My first cake and cupcake.

Assalammualaikum semua...
ok. Sekarang da masuk study week. minggu depan da final.
tengah semua orang sibuk study, tangan ni rajin pulak nak menaip.
hujung minggu yang lepas, awadah balik rumah.
Awadah balik sebab nak buat kek!
mulanya nak buat cupcake.
memandangkan cup xcukup, buat la jadi kek yang biasa tu dan  1 2 cupcake...
itula pertama kalinya awadah buat cupcake and kek sendiri dan itu jugak pertama kali try buat aising kek.
sebelum ni nak try tapi bahan2 xcukup.

bila semua tu menjadi, whoaaa!!! rasa macam nak terbang tinggi jerr... ^_^

ini cupcake

yang ni pulak kek. kazen cakap, yang ni rainbow kek 2 warna jerr.. hihihih


bila bawak balik ke kolej, bagi kawan2 rasa, ramai yang nak resepi kan..
ok, ni, awadah kasi resepi..

Bahan-bahan.

125g butter. 
100g gula halus
200g tepung gandum yang diayak
sedikit serbuk penaik.
1/2 cawan susu segar
2 biji telur 
2 penutup penuh esen vanilla.
teh pewarna.

Cara-cara membuatnya.
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. (sampai jadi warna putih)
2. Ditempat yang berasingan, pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan esen vanilla.
3. Kemudian, campurkan kedua-dua adunan tersebut dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tepung habis.
6. Masukkan adunan ke dalam cup korang. 
7. Bakar pada suhu yang sesuai.

da siappp...
ok. untuk adunan ini, kalau buat cupcake, adunan ni cukup untuk 20 - 25 cups.
kalau nak buat kek berlapis, adunan ni cukup untuk 2 lapisan jerr.. 

oh ya.. resepi asal nye, awadah amik dari blog FakhRuru tapi ada yang awadah ubah sikit. 

**TIPS**
lepas korang pukul butter dengan gula tu, cuci bersih dan lap besi kt mixer tu baru korang guna untuk pukul telur. Jangan ada tetinggal sikit pun sisa butter n gula kat situ yerr.. Kalau tak, nanti telur korang tak kembang.

Itu untuk Kek. Ni pulak untuk aising kek.

Bahan-bahan yang diperlukan ::
125g marjerin
125g butter
100g gula aising.
1 penutup penuh esen vanilla
1/4 cawan air sejuk
teh pewarna.

Cara menbuatnya.
1. Pukul marjerin dan mentega sehingga kembang. (sampai jadi warna putih)
2. Masukkan gula aising.
3. Tuangkan esen vanilla dan pukul sehingga sebati. 
4 Kemudian masukkan air sejuk dan pukul lagi.
5. Masukkan aising ke dalam piping beg.
6. Hiaslah kek anda mengikut kreativiti masing-masing. 

Sukatan untuk aising ni sesuai untuk sukatan adunan kek yang diatas tu yer.. 

Selamat mencuba! ^_^