Pages

Sunday, February 12, 2012

Maulidur Rasul

Assalammualaikum...
pagi tadi GMJ pergi ke majlis sambutan maulidur rasul...
alhamdulillah...
banyak pengisian yang GMJ dapat...
apa yang memberi kesan kepada diri GMJ adalah GMJ berasa beruntung sangat2...

"Umat Muhammad sepatutnya beruntung kerana walaupun kita tidak dapat melihat Baginda, tetapi kita mampu untuk beriman kepadanya...walaupun kita adalah umat yang terakhir, tetapi kita adalah umat yang pertama yang akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan umat pertama yang akan masuk syurga"

Subhanallah...
begitu besar nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai hambanya dan umatnya...
Terlalu banyak peluang yang kita ada...
tetapi, kenapa kita masih mensia-siakan peluang yang ada...
Ketahuilah, BARANG SIAPA YANG MENCINTAI ORANG LAIN MELEBIHI DARIPADA MENCINTAI ALLAH DAN RASUL, MAKA TIDAK SEMPURNALAH IMANNYA...
GMJ terasa terharu dan terkedu sangat...
terasa hinanya diri ini...
terasa bersyukur sangat...

Tetapi, apa yang mengecewakan GMJ...
tak ramai anak muda yang menghadirkan diri ke majlis ilmu itu...
GMJ tercari-cari ke mana perginya mereka...
Itu membuatkan GMJ berkata sesuatu dalam hati...
(apa yang dikatakan, biarlah Allah sahaja yang tahu)

Kecewa sangat2..
Mana mereka pergi?
Hari Ahad pn kerja ke?
Kenapa tak boleh luagkan masa 3 jam untuk menambah ilmu...

Tak pe la...
GMJ tak boleh nak paksa...
semoga Allah turunkan hidayah untuk mereka...
GMJ harap sangat, nanti kalau ada lagi majlis ilmu macam tu, dewan tu dipenuhi dengan anak2 muda seperti GMJ ni...
Insya Allah...

Apa-apapun, kalau nak buat sesuatu, hati mesti ikhlas...

-wassalam-

No comments:

Post a Comment