Pages

Saturday, March 23, 2013

HARAPAN+TARGET+USAHA=KEJAYAAN

Assalammualaikum...


Hari yang ditunggu-tunggu selama ini pun sudah berlalu...
Alhamdulillah, tak sangka saya dapat keputusan seperti apa yang saya target...
Semua remaja yang sebaya saya (1995) berdebar menunggu saat diumumkan keputusan SPM...
Ada yang melonjak gembira, menangis gembira, senyum tak terkata, menangis tak bersuara dan ada juga yang SUJUD SYUKUR...
Usaha kita selama ini tak sia-sia...
Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya...
Kepada yang kurang berjaya, jangan sedih...
Jangan sisihkan diri...
Jangan rasa diri tak berguna sebab dapat keputusan yang kurang baik...
SPM ni asas jeerrrr..
kita boleh berjaya dalam pelbagai bidang...
Yang penting usaha dan kerajinan...
Kepada yang berjaya...
Jangan happy sangat...
Kejayaan yang kita dapat hari ini belum menjamin masa depan kita 100%...
Manusia diuji dengan pelbagai cara sama ada susah ataupun senang...
Jadilah manusia yang bersyukur...
Jika kita rasa kita yang paling hebat, ada lagi yang lebih hebat daripada kita...
Jika kita rasa kita yang paling susah, ada lagi yang lebih susah...
So, apapun, bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini...
Kalau nak lebih lagi, kita mesti berusaha...
Zaman sekarang tak ada lagi yang free...
Masuk tandas pun kena bayar RM2...
Inikan pula kejayaan yang besar...
Harus dibayar dengan usaha yang SUPERB!!


Kepada adik-adik yang nak SPM, PMR & UPSR tahun ni, selamat maju jaya akak ucapkan.
JANGAN SESEKALI TINGGALKAN SOLAT...

Itu yang paling utama...
Jaga hugungan dengan Allah...
JANGAN MERUNGUT kalau cikgu bagi homework yang banyak...
Semua itu untuk kebaikan kamu...
Buat baik dengan semua kawan dan cikgu...
Jangan ada yang bermusuh yerrrrr...
JAGA AURAT dan PERGAULAN adik-adik...
Apa yang kamu pelajari tak akan dapat berkat kalau masih ada dosa maksiat dalam diri kita...
JAUHI BUDAYA COUPLE & LEPAK...

Buat baik dengan mak ayah, adik-beradik, saudara-mara dan masyarakat sekeliling...
JANGAN MALAS PERGI KELAS TUSYEN/KELAS TAMBAHAN...
MULUT JAGA, jangan nak kutuk-kutuk cikgu...
KURANGKAN BERLAMAN SOSIAL ni...
SENTIASA BERFIKIR POSITIF...





Apa yang kita fikir, itulah yang akan terjadi...
Kalau kita sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain, orang lain akan buat benda yang sama terhadap kita..
Jadi, kepercayaan orang lain terhadap kita akan berkurang/tak percaya langsung...
Kalau ada HARAPAN, mesti ada TARGET + USAHA...
Barulah ada KEJAYAAN...

Ilmu, harus diminati, disukai, dicintai, dipelajari dan diamalkan...
JAGA PEMAKANAN...
Jangan amalkan makan makanan ringan eg. keropok, gula2, air bergas, instant mee...
Banyakkan minum air kosong...(minum susu sedap tau..)

Itu saja yang saya nak bebelkan malam ni...
Selamat malam!

p/s : Mak saya lebih nervous daripada saya sendiri sebelum ambil result...

-wassalam-


Sunday, March 10, 2013

dari GADIS untuk GADIS

Assalammualaikum... 




Dari gadis untuk gadis...

Aku anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Dalam banyak2 kami, aku anak yang degil. Aku selalu lawan cakap mak ayah. Adik beradik aku, apa lagi. Aku  belasah je. Entah la. Aku pun tak tahu kenapa aku berperangai macam tu. Kakak dan abang aku pelajar jurusan agama di universiti terkemuka dunia. Aku dan adik2 aku dihantar ke sekolah agama. Ayah aku imam di masjid. Mak aku ustazah di sekolah agama. Aku pun tak faham kenapa dengan aku ni. Kadang2 aku rasa macam orang asing je. Mak, kakak dan adik2 aku, semua pakai tudung. Aku? Freehair je. Rimas tau nak guna tudung, anak tudung lagi, baju lengan panjang.. Eee... Korang semua fikir aku nak ke semua tu?? Aku bertudung, itupun waktu sekolah. Selain daripada itu, haram la aku nak bertudung. Lagipun, buat apa nak simpan kecantikan yang aku ada? Simpan lama2.. Lepas tu, nanti tak ada orang nak tengok... Membazir ajerr...  Aku ni, suka sangat keluar waktu malam. Sebabnya.... Aku suka sangat... Sukahati aku nak buat apa... Aku bagitahu mak ayah aku, aku pergi belajar ke rumah kawan2 aku... Lepas tu, aku merayap... Puas juga mak ayah aku nasihat aku. Alaaa... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Pernah satu hari tu, aku hampir2 nak dihantar ke sekolah perempuan. Aku buat perangai. Aku lari dari rumah selama seminggu. Aku ugut mereka semua. Kalau mereka paksa aku, aku akan bunuh diri. Lepas tu, mereka tak pernah lagi paksa aku. Rumah tu, aku dah buat macam hotel. Ada juga jiran2 yang mengata mak ayah aku. Mereka kata, mak ayah aku sibuk nak soleh/solehahkan anak orang lain. Anak sendiri tak terjaga. Suatu hari tu, aku sendiri dengar makcik sorang ni mengata mak aku. Aku apalagi, pergi dekat makcik tu dan cakap, “makcik, kalau makcik hebat sangat, kenapa minta mak saya ajarkan anak makcik yang tak berapa nak alim tu? Kenapa tak ajar sendiri ajerr??” , sejak itu, tak ada siapa yang berani mengata mak ayah aku lagi. Ayah pula, aku bagi warning dengan semua pakcik2 kat masjid. Kalau ada yang mengata ayah aku, jangan berimamkan ayah aku. Aku tak tahu lah. Kenapa aku jahil sangat. Bodoh tau. Sepanjang 20 tahun aku hidup, aku solat masa amali solat kat sekolah. Selain daripada itu, memang tak lah aku nak solat. Bila dah masuk alam universiti, aku bebas!!!!!!!! Aku boleh buat apa yang aku nak. Malah, lebih pub boleh. Nama aku memang popular di universiti sebagai pelajar perempuan samseng. Hampir2 kena buang jugak la... Tapi, aku tabur janji yang manis2... Bila aku buat muka comel aku, tak jadi pula aku dibuang. Hahahaha... hebatkan aku???
              
                      Sehinggalah suatu hari, aku tidur pada waktu senja. Aku bermimpi yang nyawa aku ditarik sekelip mata. Seksanya, tak dapat aku gambarkan melalui kata2. Badan aku dikelar dan disiang. Kepala alu ditumbuk dengan tukul besi yang besar dan panas. MAAKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebaik saja aku terbangun, aku menangis. Aku meraung sekuat2nya. Semua orang dalam rumah aku terkejut. Aku menjerit sehinggalah mak aku datang dan dia peluk aku. Aku pula meronta-ronta ketakutan. Aku peluk semua orang. Aku pula merapu-rapu. Kakak aku peluk aku dengan erat. MAAAKKKKKK!!!!!! AYAAAAAAAHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!! Tiba2 adik aku datang dan dia bagi air kepada aku. Aku minum air itu. Saat air itu masuk ke dalam kerongkong aku, aku rasa seperti aku tidak minum untuk bertahun lamanya. Aku menangis lagi. Aku tak lepaskan walau seorangpun ahli keluargakau dari dakapanku. Lama kami berpelukan sehinggalah aku terdengar azan. Aku terkejut.
“Mak, Raudhah nak solat.”, Mak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulutku. Ayah terus peluk aku dengan erat sambil menangis. Abang dan kakak buat sujud syukur saat itu juga. Adik-adik dan mak langsung tak berkata apa-apa. Malam itu, kami solat berjemaah bersama-sama. Semasa ayah membaca doa, aku menangis semahu-mahunya. Habis basah telekung aku. Setelah doa habis dibaca, aku peluk semua orang dengan erat. Aku menangis lagi. Aku peluk mak dengan erat. Aku tak nak lepaskan pelukan mak. “Mak, Raudhah minta ampun, mak. Ayah, ampunkan Raudhah. Kakak, abang, adik, Raudhah minta ampun. Raudhah janji Raudhah tak buat lagi. Raudhah takut. Ya Allah, Raudhah takut, Ya Allah. Ampunkan Raudhah, Ya Allah.” Aku dibiarkan menangis di tikar sembahyang. Setelah puas, aku menyatakan sesuatu kepada ayah. Setelah berunding, semua orang setuju dengan permintaanku.
Seminggu kemudian...
              
                 Aku berhenti daripada meneruskan pengajian di universiti tempat aku belajar sekarang. Aku pergi memulihkan rohani dalam diriku. Aku dihantar ke sekolah pondok. Semasa mak nak balik, aku nampak mak aku tak menangis. Dia tersenyum. Dia bisik ke telinga aku. Katanya, “Raudhah, mak bangga dengan Raudhah. Mak tak sedih. Tapi mak bahagia sangat. Semoga Raudhah jadi muslimah yang solehah dan hebat di dunia dan akhirat.”, akhirnya aku mengalirkan air mataku. Aku dakap erat tubuh mak. Satu ketenangan yang dapat aku rasakan.
               
............

                Tiga tahun aku disana. Aku hanya pulang ketika Hari Raya saja. Selebihnya, aku luangkan masa yang ada di pondok pengajian. Macam-macam aktiviti yang aku lakukan. Alhamdulillah. Semuanya membantu diriku. Pernah suatu ketika, setelah selesai melakukan aktiviti kebajikan, aku berborak-borak dengan  seorang makcik, dia bercerita kepadaku. Lebih tepat, meluahkan perasaan. Dia telah kematian suaminya beberapa tahun yang lalu. Sekarang dia tinggal seorang diri di kampung. Anak-anaknya jarang pulang ke kampung. Semua anak-anaknya tidak pedulikan dia. Setiap kali anak-anaknya balik, mereka akan ungkit hal tanah pusaka. Masing2 mereka nak tanah pusaka arwah ayah mereka. Mereka nak jual tanah tersebut tapi makcik tu tak benarkan. Anak-anak, semuanya bersikap kurang ajar dengan ibunya. Semasa bercerita, makcik tu tak berhenti menangis. Aku juga turut menangis. Di akhir penceritaan, katanya, “mungkin ini balasan makcik. Dulu makcik derhaka dengan mak ayah sampaikan makcik tak sempat nak minta ampun dengan mereka.”, Aku sebak mendengar kata2 itu. Sehingga kini aku masih teringat cerita makcik tu.

                Kini, aku telah tamat pengajian di sekolah pondok ini. Aku pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, aku pergi ke rumah makcik dan pakcik yang pernah aku kasari dulu. Alhamdulillah. Mereka boleh menerima aku kembali. Anak makcik yang aku tuduh nampak alim tu, memang benar2 sudah berubah. Syukur, inilah yang dikatakan kasih sayang Allah. Mungkin Allah biarkan aku lakukan pelbagai kesilapan. Sehingga satu saat, Allah sedarkan aku agar aku kembali ke pangkal jalan. Supaya aku lebih menghargai dan mengerti erti hidup yang sebenarnya.

. . . . .


                Untuk semua anak gadis di luar sana, aku harap kamu semua jadikan cerita aku ini sebagai pengajaran. Tidak ada sebab untuk kita tidak berubah. Sejahat-jahat manusia, suatu hari mereka akan berubah menjadi baik. Janganlah kamu semua hanyut dengan dunia yang sementara ini. GADIS, SUNGGUH AKU KATAKAN, SUDAH-SUDAHLAH DENGAN PERBUATAN SIA-SIA KITA SELAMA INI. Berdoalah supaya Allah berikan kita hidayah untuk berhijrah. Tutuplah auratmu. Jangan biarkan mata-mata si teruna terus-menerus menikmati bentuk badanmu. Simpanlah kecantikan yang kamu miliki. Jangan jadi orang yang terlalu murah untuk menayangkan tubuh badanmu. Jangan jadikan media sosial tempat untuk kamu menjaja auratmu. Peliharalah tutur katamu. Jangan menggoda lelaki. JANGAN SIBUK DENGAN SOAL HATI. Berhentilah. Sudah-sudahlah kamu dengan kekasihmu. Kasihanilah dengan ayahmu. Jangan tambah dosa di bahu ayahmu. Sudahlah ayah susah payah menyara kita di dunia, janganlah beratkan beban ayah kita di akhirat kelak. Kamu katakan pada dunia bahawa kamu sayang ayah kamu, tapi kamu tayang auratmu kepada dunia. Sudah-sudahlah. Kembalilah kepada Allah. Sayangi mak ayah kamu. Jangan jadi anak derhaka. Yang pastinya, PINTU TAUBAT masih terbuka. Kepada yang dalam usaha mengubah diri sendiri, ajaklah sahabat-sahabat lain bersama jejak langkahmu. Jika mereka enggan, berdoalah agar mereka diberikan hidayah. Jangan sesekali menghina mereka yang belum berkesempatan untuk berubah. Jangan malu untuk berubah. Buangkan segala persepsi negatif yang dilemparkan terhadapmu. Letakkan harapan yang tinggi hanya kepada Allah. Allah tak pernah kecewakan hambanya malah Allah berikan kebahagiaan kepadanya. Jika sebelum ini hidupmu diselubungi dengan kekusutan, keresahan, kembalilah kepada Allah. Insya Allah, Allah akan beri bantuan lebih daripada apa yang kamu harapkan.

>dari gadis untusk gadis<

p/s : Dimurkai oleh manusia, manusia boleh hidup. Dimurkai oleh Allah, manusia tak boleh hidup.