Assalammualaikum...
Dari gadis untuk gadis...
Aku anak ketiga daripada lima orang
adik beradik. Dalam banyak2 kami, aku anak yang degil. Aku selalu lawan cakap
mak ayah. Adik beradik aku, apa lagi. Aku
belasah je. Entah la. Aku pun tak tahu kenapa aku berperangai macam tu.
Kakak dan abang aku pelajar jurusan agama di universiti terkemuka dunia. Aku
dan adik2 aku dihantar ke sekolah agama. Ayah aku imam di masjid. Mak aku
ustazah di sekolah agama. Aku pun tak faham kenapa dengan aku ni. Kadang2 aku
rasa macam orang asing je. Mak, kakak dan adik2 aku, semua pakai tudung. Aku?
Freehair je. Rimas tau nak guna tudung, anak tudung lagi, baju lengan panjang..
Eee... Korang semua fikir aku nak ke semua tu?? Aku bertudung, itupun waktu
sekolah. Selain daripada itu, haram la aku nak bertudung. Lagipun, buat apa nak
simpan kecantikan yang aku ada? Simpan lama2.. Lepas tu, nanti tak ada orang
nak tengok... Membazir ajerr... Aku ni,
suka sangat keluar waktu malam. Sebabnya.... Aku suka sangat... Sukahati aku
nak buat apa... Aku bagitahu mak ayah aku, aku pergi belajar ke rumah kawan2
aku... Lepas tu, aku merayap... Puas juga mak ayah aku nasihat aku. Alaaa...
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Pernah satu hari tu, aku hampir2 nak
dihantar ke sekolah perempuan. Aku buat perangai. Aku lari dari rumah selama
seminggu. Aku ugut mereka semua. Kalau mereka paksa aku, aku akan bunuh diri.
Lepas tu, mereka tak pernah lagi paksa aku. Rumah tu, aku dah buat macam hotel.
Ada juga jiran2 yang mengata mak ayah aku. Mereka kata, mak ayah aku sibuk nak
soleh/solehahkan anak orang lain. Anak sendiri tak terjaga. Suatu hari tu, aku
sendiri dengar makcik sorang ni mengata mak aku. Aku apalagi, pergi dekat
makcik tu dan cakap, “makcik, kalau makcik hebat sangat, kenapa minta mak saya
ajarkan anak makcik yang tak berapa nak alim tu? Kenapa tak ajar sendiri
ajerr??” , sejak itu, tak ada siapa yang berani mengata mak ayah aku lagi. Ayah
pula, aku bagi warning dengan semua pakcik2 kat masjid. Kalau ada yang mengata
ayah aku, jangan berimamkan ayah aku. Aku tak tahu lah. Kenapa aku jahil
sangat. Bodoh tau. Sepanjang 20 tahun aku hidup, aku solat masa amali solat kat
sekolah. Selain daripada itu, memang tak lah aku nak solat. Bila dah masuk alam
universiti, aku bebas!!!!!!!! Aku boleh buat apa yang aku nak. Malah, lebih pub
boleh. Nama aku memang popular di universiti sebagai pelajar perempuan samseng.
Hampir2 kena buang jugak la... Tapi, aku tabur janji yang manis2... Bila aku
buat muka comel aku, tak jadi pula aku dibuang. Hahahaha... hebatkan aku???
Sehinggalah
suatu hari, aku tidur pada waktu senja. Aku bermimpi yang nyawa aku ditarik
sekelip mata. Seksanya, tak dapat aku gambarkan melalui kata2. Badan aku
dikelar dan disiang. Kepala alu ditumbuk dengan tukul besi yang besar dan
panas. MAAKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebaik saja aku terbangun, aku menangis.
Aku meraung sekuat2nya. Semua orang dalam rumah aku terkejut. Aku menjerit
sehinggalah mak aku datang dan dia peluk aku. Aku pula meronta-ronta ketakutan.
Aku peluk semua orang. Aku pula merapu-rapu. Kakak aku peluk aku dengan erat.
MAAAKKKKKK!!!!!! AYAAAAAAAHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!! Tiba2 adik aku datang dan
dia bagi air kepada aku. Aku minum air itu. Saat air itu masuk ke dalam
kerongkong aku, aku rasa seperti aku tidak minum untuk bertahun lamanya. Aku
menangis lagi. Aku tak lepaskan walau seorangpun ahli keluargakau dari
dakapanku. Lama kami berpelukan sehinggalah aku terdengar azan. Aku terkejut.
“Mak, Raudhah nak solat.”, Mak
terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulutku. Ayah terus peluk aku dengan
erat sambil menangis. Abang dan kakak buat sujud syukur saat itu juga.
Adik-adik dan mak langsung tak berkata apa-apa. Malam itu, kami solat berjemaah
bersama-sama. Semasa ayah membaca doa, aku menangis semahu-mahunya. Habis basah
telekung aku. Setelah doa habis dibaca, aku peluk semua orang dengan erat. Aku
menangis lagi. Aku peluk mak dengan erat. Aku tak nak lepaskan pelukan mak.
“Mak, Raudhah minta ampun, mak. Ayah, ampunkan Raudhah. Kakak, abang, adik,
Raudhah minta ampun. Raudhah janji Raudhah tak buat lagi. Raudhah takut. Ya
Allah, Raudhah takut, Ya Allah. Ampunkan Raudhah, Ya Allah.” Aku dibiarkan
menangis di tikar sembahyang. Setelah puas, aku menyatakan sesuatu kepada ayah.
Setelah berunding, semua orang setuju dengan permintaanku.
Seminggu kemudian...
Aku
berhenti daripada meneruskan pengajian di universiti tempat aku belajar
sekarang. Aku pergi memulihkan rohani dalam diriku. Aku dihantar ke sekolah
pondok. Semasa mak nak balik, aku nampak mak aku tak menangis. Dia tersenyum.
Dia bisik ke telinga aku. Katanya, “Raudhah, mak bangga dengan Raudhah. Mak tak
sedih. Tapi mak bahagia sangat. Semoga Raudhah jadi muslimah yang solehah dan
hebat di dunia dan akhirat.”, akhirnya aku mengalirkan air mataku. Aku dakap
erat tubuh mak. Satu ketenangan yang dapat aku rasakan.
............
Tiga
tahun aku disana. Aku hanya pulang ketika Hari Raya saja. Selebihnya, aku
luangkan masa yang ada di pondok pengajian. Macam-macam aktiviti yang aku
lakukan. Alhamdulillah. Semuanya membantu diriku. Pernah suatu ketika, setelah
selesai melakukan aktiviti kebajikan, aku berborak-borak dengan seorang makcik, dia bercerita kepadaku. Lebih
tepat, meluahkan perasaan. Dia telah kematian suaminya beberapa tahun yang
lalu. Sekarang dia tinggal seorang diri di kampung. Anak-anaknya jarang pulang
ke kampung. Semua anak-anaknya tidak pedulikan dia. Setiap kali anak-anaknya
balik, mereka akan ungkit hal tanah pusaka. Masing2 mereka nak tanah pusaka
arwah ayah mereka. Mereka nak jual tanah tersebut tapi makcik tu tak benarkan.
Anak-anak, semuanya bersikap kurang ajar dengan ibunya. Semasa bercerita,
makcik tu tak berhenti menangis. Aku juga turut menangis. Di akhir penceritaan,
katanya, “mungkin ini balasan makcik. Dulu makcik derhaka dengan mak ayah
sampaikan makcik tak sempat nak minta ampun dengan mereka.”, Aku sebak
mendengar kata2 itu. Sehingga kini aku masih teringat cerita makcik tu.
Kini,
aku telah tamat pengajian di sekolah pondok ini. Aku pulang ke rumah. Sebelum
sampai ke rumah, aku pergi ke rumah makcik dan pakcik yang pernah aku kasari
dulu. Alhamdulillah. Mereka boleh menerima aku kembali. Anak makcik yang aku
tuduh nampak alim tu, memang benar2 sudah berubah. Syukur, inilah yang
dikatakan kasih sayang Allah. Mungkin Allah biarkan aku lakukan pelbagai
kesilapan. Sehingga satu saat, Allah sedarkan aku agar aku kembali ke pangkal
jalan. Supaya aku lebih menghargai dan mengerti erti hidup yang sebenarnya.
. . . . .
Untuk
semua anak gadis di luar sana, aku harap kamu semua jadikan cerita aku ini sebagai
pengajaran. Tidak ada sebab untuk kita tidak berubah. Sejahat-jahat manusia,
suatu hari mereka akan berubah menjadi baik. Janganlah kamu semua hanyut dengan
dunia yang sementara ini. GADIS, SUNGGUH AKU KATAKAN, SUDAH-SUDAHLAH DENGAN
PERBUATAN SIA-SIA KITA SELAMA INI. Berdoalah supaya Allah berikan kita hidayah
untuk berhijrah. Tutuplah auratmu. Jangan biarkan mata-mata si teruna
terus-menerus menikmati bentuk badanmu. Simpanlah kecantikan yang kamu miliki.
Jangan jadi orang yang terlalu murah untuk menayangkan tubuh badanmu. Jangan
jadikan media sosial tempat untuk kamu menjaja auratmu. Peliharalah tutur
katamu. Jangan menggoda lelaki. JANGAN SIBUK DENGAN SOAL HATI. Berhentilah.
Sudah-sudahlah kamu dengan kekasihmu. Kasihanilah dengan ayahmu. Jangan tambah
dosa di bahu ayahmu. Sudahlah ayah susah payah menyara kita di dunia, janganlah
beratkan beban ayah kita di akhirat kelak. Kamu katakan pada dunia bahawa kamu
sayang ayah kamu, tapi kamu tayang auratmu kepada dunia. Sudah-sudahlah.
Kembalilah kepada Allah. Sayangi mak ayah kamu. Jangan jadi anak derhaka. Yang
pastinya, PINTU TAUBAT masih terbuka. Kepada yang dalam usaha mengubah diri
sendiri, ajaklah sahabat-sahabat lain bersama jejak langkahmu. Jika mereka
enggan, berdoalah agar mereka diberikan hidayah. Jangan sesekali menghina
mereka yang belum berkesempatan untuk berubah. Jangan malu untuk berubah.
Buangkan segala persepsi negatif yang dilemparkan terhadapmu. Letakkan harapan
yang tinggi hanya kepada Allah. Allah tak pernah kecewakan hambanya malah Allah
berikan kebahagiaan kepadanya. Jika sebelum ini hidupmu diselubungi dengan kekusutan,
keresahan, kembalilah kepada Allah. Insya Allah, Allah akan beri bantuan lebih
daripada apa yang kamu harapkan.
>dari gadis untusk gadis<
p/s : Dimurkai oleh manusia, manusia boleh hidup. Dimurkai oleh Allah, manusia tak boleh hidup.
No comments:
Post a Comment