Pages

Sunday, September 8, 2013

Luahan hati di petang hari

REMAJA

zaman yang takkan berulang...
ketika zaman remaja ini, ada bermacam-macam perkara yang akan kamu jumpa dan akan kamu cuba...

oleh sebab itu, zaman remaja dikatakan zaman kritikal...
di sinilah bermula segalanya...

pernah dengar ayat sebegini >> MASA DEPAN DIBELI OLEH MASA SEKARANG<< ???

dulu, setiap kali masuk ke sekolah, ada satu papan tanda yang diletak bersebelahan dewan yang bertulis sedemikian...
setiap hari Awadah baca KATA-KATA HIKMAT tu...

perasaan setiap kali baca perkataan tu adalah biasa2 jer..
sampailah satu hari tu, selepas baca ayat tu, terdetik di hati awadah untuk ubah kehidupan sekarang ni...
taknak nanti hidup susah,
sudahlah masa kecik ni, banyak susahkan mak ayah...
takkan la dah besar nanti nak susahkan mak ayah lagi...

Sejak daripada itu, Awadah perlahan-lahan ubah perangai buruk awadah (xpayah la dikongsi apa my bad habit tu)...
Terdetik di hati Awadah untuk jadi contoh kepada adik-adik...
Sekurang-kurang ada pemangkin untuk mereka menjadi orang yang lebih berjaya nanti...

Tambah2 lagi, yang ada sekarang ni mak dengan adik2 jer...
So, merekalah kekuatan Awadah...
I can't live without them...
Kadang2 Awadah memang nampak garang dengan adik-adik, tapi, KAKAK MANA YANG TAK SAYANG ADIK kan???

Walaupun hidup ni penuh dengan cabaran dan dugaan yang kadang kala buat kita rasa putus asa untuk hidup, tapi semua tu perlu kita hadapi...

Sebagai seorang remaja, tipu la kalau Awadah cakap yang Awadah tak pernah buat apa yang remaja lain buat kan.. (bukan yang teruk2 ekk)
Itulah hidup...
Semakin banyak kesilapan yang manusia buat, semakin banyak pelajaran yang manusia dapat (bagi yang sedar la, yang xsedar2 tu tak tau la..)

Oleh sebab tu, zaman remaja ni sangat2 kritikal...
Apa tindakan yang kita buat hari ini akan memberi kesan kepada hidup kita pada masa akan datang...

Setiap kali tengok budak2 berkeliaran kat pasar tu, Awadah terfikir sendiri, apa yang mereka ni buat kat pasar ni. Takkan pergi pasar tanpa tujuan kot?? Mana mereka dapat duit untuk berseronok macam ni.. Macam2 soalan yang tak masuk akal masuk dalam akal Awadah... Tapi, semua tu Awadah biarkan jer... Kot2 mereka ni pergi sini nak release tension ataupun spend time dengan kawan2... Awadah pun tak boleh nak kata macam2. Awadah sendiri ada adik yang mungkin sebaya mereka. Nanti terkena batang hidung sendiri, padah jawab nya... So, the best thing to do is, pray for them.. Semoga Allah buka pintu hati mereka dan mereka sedar apa yang telah mereka buat.

Kadang2 bila adik2 buat kesilapan, Awadah biarkan ajerrr.. Sebab, lepas buat kesilapan tu, mereka sendiri akan sedar yang dia buat tu salah. Awadah pun pernah melalui zaman mereka. So, Awadah faham perasaan mereka. Sebagai kakak, just tunjuk mana satu betul, mana satu salah.

Lama-lama nanti, mereka akan sedar dan mereka akan belajar sesuatu daripada semua tu.
Setiap kali mak Awadah risau dengan perangai adik2, Awadah akan cakap, "mak, suatu hari nanti dia akan sedar. Di usia sekarang ni memang dia akan buat macam2. Perasaan ingin mencuba tu membuak2 dalam diri mereka. Sampai satu saat nanti, in shaa Allah, dia akan sedar. Masa tu mereka akan jadi lebih matang

Setiap remaja yang Awadah jumpa punyai kisah hidup yang berbeza termasuk kawan2 Awadah sendiri.

So, pesanan untuk semua remaja di luar sana termasuk diri Awadah sendiri, pilihan hidup ada di tangan masing2. Terpulang korang nak corakkan hidup korang macam mana.

Bagi korang yang ada adik nakal terlampau tu, jangan cepat sangat melenting dengan mereka. Jangan tengking kalau mereka buat salah. Tunjukkan yang betul kepada mereka. Jangan sampai mereka jauh daripada kita.

Percayalah, budak2 yang nakal masa kecik ni akan jadi sangat genius bila dah besar nanti.

Bila buat sesuatu tu, ingatlah apa yang korang buat hari ni akan bagi kesan untuk 30/40 tahun akan datang.

-wassalam-

No comments:

Post a Comment