Pages

Tuesday, April 22, 2014

My first cake and cupcake.

Assalammualaikum semua...
ok. Sekarang da masuk study week. minggu depan da final.
tengah semua orang sibuk study, tangan ni rajin pulak nak menaip.
hujung minggu yang lepas, awadah balik rumah.
Awadah balik sebab nak buat kek!
mulanya nak buat cupcake.
memandangkan cup xcukup, buat la jadi kek yang biasa tu dan  1 2 cupcake...
itula pertama kalinya awadah buat cupcake and kek sendiri dan itu jugak pertama kali try buat aising kek.
sebelum ni nak try tapi bahan2 xcukup.

bila semua tu menjadi, whoaaa!!! rasa macam nak terbang tinggi jerr... ^_^

ini cupcake

yang ni pulak kek. kazen cakap, yang ni rainbow kek 2 warna jerr.. hihihih


bila bawak balik ke kolej, bagi kawan2 rasa, ramai yang nak resepi kan..
ok, ni, awadah kasi resepi..

Bahan-bahan.

125g butter. 
100g gula halus
200g tepung gandum yang diayak
sedikit serbuk penaik.
1/2 cawan susu segar
2 biji telur 
2 penutup penuh esen vanilla.
teh pewarna.

Cara-cara membuatnya.
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. (sampai jadi warna putih)
2. Ditempat yang berasingan, pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan esen vanilla.
3. Kemudian, campurkan kedua-dua adunan tersebut dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga sebati.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tepung habis.
6. Masukkan adunan ke dalam cup korang. 
7. Bakar pada suhu yang sesuai.

da siappp...
ok. untuk adunan ini, kalau buat cupcake, adunan ni cukup untuk 20 - 25 cups.
kalau nak buat kek berlapis, adunan ni cukup untuk 2 lapisan jerr.. 

oh ya.. resepi asal nye, awadah amik dari blog FakhRuru tapi ada yang awadah ubah sikit. 

**TIPS**
lepas korang pukul butter dengan gula tu, cuci bersih dan lap besi kt mixer tu baru korang guna untuk pukul telur. Jangan ada tetinggal sikit pun sisa butter n gula kat situ yerr.. Kalau tak, nanti telur korang tak kembang.

Itu untuk Kek. Ni pulak untuk aising kek.

Bahan-bahan yang diperlukan ::
125g marjerin
125g butter
100g gula aising.
1 penutup penuh esen vanilla
1/4 cawan air sejuk
teh pewarna.

Cara menbuatnya.
1. Pukul marjerin dan mentega sehingga kembang. (sampai jadi warna putih)
2. Masukkan gula aising.
3. Tuangkan esen vanilla dan pukul sehingga sebati. 
4 Kemudian masukkan air sejuk dan pukul lagi.
5. Masukkan aising ke dalam piping beg.
6. Hiaslah kek anda mengikut kreativiti masing-masing. 

Sukatan untuk aising ni sesuai untuk sukatan adunan kek yang diatas tu yer.. 

Selamat mencuba! ^_^

Monday, April 14, 2014

Asasi Sains UNIMAS.

Assalammualaikum semua! Ok. Rasa macam dah lama tak update blog kesayangan cinta hati sweety cute pie nihh.. Korang nak tahu, Awadah dah nak habis asasi tauu… Tak sampai sebulan jerr lagi… Rasa macam taknak berpisah jerr dengan buddies… Walau nakal macam mana pun dorang… Dorang laa penghibur dikala duka… Teman gelak tawa bertepuk tampa… Teman gelak kuat sekuat gelak Jemah di kampung… Teman belajar… Teman lulus gagal exam sama2..

Lepas ni, mesti rindu Jemah2 kesayangan hamba… Nasib baik la ada WeChat, Instagram.. Boleh kacau dorang time2 boring nanti..

Yang pastinya, Awadah akan rindu mereka yang mewarnai hari2 ku disini. Kolej Seroja. Asasi Unimas.

Lepasni, takde lagi Syeera dan Zuha yang jadi tempat mengadu menangis berpeluk, Alya yang jadi partner in crime jalan pergi balik bilik kuliah setiap hari meredah hujan panas. Bilik Ekin & Isma tempat untuk layan perasaan. Kinah roommate yang  fanatic dengan OneDirection sampai dinding bilik penuh dengan poster OneD.. Ilya, Aina Dinie yang selalu bertandang ke bilik. Ayu yang selalu menangis datang bilik mengadu “anak2 buah” dia tumbuh. Usrahmate yang always ohhsemmm. Kakak usrah kak maisa yang manis sweet comel ayu sopan santun giiteww… 7 Pretty princess and families, budak2 drama, partner2 selfie setiap hari… budak2 kelas fizikal 2 yang selalu ketawa sekelas layan running man…  ahhh, akan dirindui semuanya itu. Kalau ada rezeki, kaki comel ini akan menjenguk korang satu persatu. In shaa Allah. Doakan yerrr.. 

oleh sebab Asasi da nak abess.. maka, banyak la gambar2 selfie mahupun bukan selfie di ambik..
gambar2 dalam makmal, gambar2 dengan lecturer. 

Kepada adik2 yang bakal jadi penghuni Kolej Seroja nanti, selamat meniikmati hari2 terindah di Pusat Asasi UNIMAS ni. Nanti, adela korang jumpa akak masa MAP korang nanti.

ok. Selesai cerita Awadah. Sekarang ni, Awadah nak cerita dengan adik2 tentang life kat Asasi nih. Macam mana nak adapt dengan surrounding kat sini. Kepada yang yang dari Semenanjung & Sabah tu, macam mana nak bergaul dengan orang2 kat sini.

ASASI SAINS UNIMAS.

apa itu asasi sains UNIMAS?
asasi sains UNIMAS ni ada 2 jer, Asasi Sains Fizikal(ASF) & Asasi Sains Hayat(ASH)
Asasi Sains Fizikal dgn Hayat ni sama jer subject nye kecuali subject Fizik and Bio.
Sape masuk ASF, korang akan belajar fizik and xde bio and vice versa.
Sape2 yang rasanya nak ambik engineering masa degree nanti, makanya, ASF adalah laluannya. Yang nak ambik medic, ASH adalah laluannya. Selain daripada engineering dan medic, ada lagi course yang lain. Yang tu, korang cari sendiri yer.

Macam mana life kat sini nanti?
Ok, bagi korang yang pernah dok asrama tu mungkin dah biasa kan. Tp, for those yang tak pernah langsung dok asrama mungkin akan ambik masa nak adapt dengan surrounding kat sini.
Kat sini x strict macam kat asrama dulu. Kat sini, pandai2 la korang bawak diri dik asalkan tak melanggar etika yang ditetapkan oleh pihak kolej. Then, macam mana cara belajar kat sini? Macam mana kelas nye berjalan??
Ok, macam biasa, kelas start pukul 8 sampai pukul 10. 10.30 start lagi sampai 12.30. petang pulak ada lab and Ko-K sampai pukul 5. Itu tak termasuk aktiviti extra. Kalau ada aktiviti extra contohnya Festival Seni Asasi(FeSeniSasi), korang akan buat latihan sampai malam, korbankan hujung minggu korang. Then, buat report untuk lab lagi. Kalau budak2 hayat, akan ada PBL, sebelum PBL, korang kena buat
 preparation lagi. Then, buat preparation untuk presentation BI. Begitulah life kami kat sini. Sangat2 busy. Tapi..tapi..tapi... walaupun busy macam nak golek golek taknak bangun, korang akan rasa enjoy sangat dengan adanya kehadiran kawan2 yang tersangatlah oohhsemm. Lecturer2 kat sini sangat best. Korang boleh anggap dorang macam mak ayah korang, akak abang korang.


Macam mana nak spend weekend korang?
Bagi korang yang first time berkunjung ke Kuching, Sarawak ni.. Ada banyak tempat yang korang akan rasa excited nak pergi... Antaranya, Serikin, Summer Mall, CityOne, Cultural Village, Pantai Santubong, Waterfront, g tengok movie, pergi Plaza Merdeka, The Spring, Boulevard.. Sweekang, Raja Ayam Bakar. huhh... banyak lagi dik.. nanti la korang explore satu ye dik.  Kalau sengkek sangat, pergi main bowling kat kampus barat je laa. Pastu petang2 g cycling lepak2 kat jambatan cinta kat kampus barat then g makan kat Pavi..





ini la antara gambar2 yang dapat akak share.

kepada adik2 yang dapat surat tawaran nanti and ditakdirkan korang dapat Asasi Sains UNIMAS ni, jangan la ragu2 untuk datang ke Sarawak ni.. Sarawak sekarang ni dah tak macam dulu lagi. Xada nye orang sarawak tinggal atas pokok dik, pakai cawat la.. Xde dik. Rumah panjang pun jarang ade kat bandar dik. Kalau nak tengok rumah panjang, g la kampung2 iban ataupun kat Cultural Village. So, xyah takut dik. Kte org kat sini sangat mengalu-alukan kedatangan adik2 kat sini.


ok. itu je yang akak nak membebel.
kalau korang nak tanya apa2 lagi, boleh la contact akak di WeChat (id :: madzawadahmalek) ataupun di facebook.
ok. jumpa nanti dik!