Pages

Sunday, September 30, 2012

Trip To Borneo Highlands Resort


Assalammualaikum…

Hari ini, Awadah nak bercerita mengenai pengalaman kami ‘menawan’ Puncak Borneo.
Pada 29 September 2012, seramai 32 orang ahli rombongan yang menyertai rombongan menuju ke Puncak Borneo.
Kami berangkat dari sekolah pada pukul  7:30 pagi dan sampai di pintu gerbang Puncak Borneo pada pukul 8:20 pagi. Kemudian, kami mula berjalan 10 minit kemudian.
Bersama-sama kami adalah pemandu pelancong, En. Faiz bersama seorang lagi rakannya.
Pada mulanya, kami semua penuh semangat untuk sampai ke puncak.
 Menurut En. Faiz, jika berjalan kaki, masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah DUA JAM! Fuuuhhhh!!!  Panjang jalan tu adalah 10km… fuuhhhlaaamaaakkkk!!!!!!  
Setelah satu jam berjalan, Awadah memang tak larat lagi.
Jalan tu bukan mendatar tapi turun naik bukit. Memang tak larat.
Akhirnya, pemandu kereta pelancong tu suruh Awadah masuk dalam kereta. Sebab cikgu cakap muka Awadah memang dah pucat.
Lepas tu, dia turunkan Awadah kat satu tempat sebab dia nak ambil 3 orang lagi cikgu kami yang datang lewat. So, Awadah teruskan berjalan bersama cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang lain.
Setengah jam kemudian, kami semua memang dah tak larat. Jalan tu semakin tinggi. Jadi, kami ambil keputusan dengan menumpang uncle tadi dan  hantar kami ke kawasan air terjun.
Lepas tu, dia ulang-alik ambil rakan-rakan dan cikgu-cikgu yang lain. Bila dah sampai kat air terjun tu, Awadah rasa tenang sangat. Sejuk sangat.
Ada juga rakan-rakan yang berjaya berjalan kaki sampai ke air terjun tu. Syabas!!  
Kemudian, bila semua sudah ada, kami naik ke Puncak Borneo dengan menggunakan kenderaan khas.
Apabila dah sampai ke puncak tu, Awadah pandang ke bawah. SUBHANALLAH!!
Awadah macam tak percaya yang kami dah mendaki setinggi tu!
Inilah pengalaman pertama Awadah mendaki setinggi tu. Memang tak percaya.
Dengan keadaan jalan rayanya sperti ular kena palu. Lepas tu turun naik bukit lagi. Memang unexpected! 10 minit kemudian, akhirnya kami berjaya sampai ke BORNEO HIGHLAND RESORT!!
>WELCOME TO BORNEO HIGHLAND RESORT<
Kedatangan kami disambut oleh lima ekor kuda yang comel-comel yang sedang meragut rumput. Hihihihi…
Bila dah sampai ka puncak tu, Awadah ingatkan jalan tu mendatar je, tak payah nak mendaki bukit lagi. Rupa-rupanya tak.
Kami kena daki bukit untuk sampai ke lobby resort tu.
Aduhai… Sekali lagi, dipertengahan jalan tu, Awadah tiba-tiba sakit perut. Tak dapat nak jalan. Awadah rehat sekejap. Then baru sambung lagi perjalanan kami. Sepanjang perjalanan tu, kami semua tergamam melihat banglo-banglo yang ada kat sana.
Kami ingatkan banglo tu untuk pelancong yang datang untuk menginap, rupa-rupanya banglo tu milik persendirian. 
Menurut En. Faiz, harga tanah kat situ berharga RM 600,000.00. Kemudian, pemilik akan mendirikan sendiri rumah kat atas tanah masing-masing.
Jumlah banglo yang ada disana adalah 15 buah semuanya. 14 buah sudah dimiliki manakala yang ke-15 pula akan dijual dengan harga RM 2 500 000.00. ALLHHUAKBAR!!!
Siapa la yang bertuah dapt beli banglo tu.
Tengok kiri, tengok  kanan, kagum sangat dengan pemandangan kat atas puncak tu.
Sepanjang jalan tu dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga. Salah satunya adalah pokok misau kucing yang berwarna purple. Pokok lavender(my favourite) ada juga.
Memang penat sangat.
Tak lama lepas tu, kami pun sampai di lobby resort tu. Akhirnya!! Sampai juga kami di sana. Alhamdulillah… Yeeeaaayyyyyhhh!!!!!
Bila dah sampai tu, apa tunggu lagi, kami mulalah mengisi perut ni. Makanan yang disediakan, subhanallah. Sedapnya hingga tak terkata. Sayur yang dimasak adalah sayur organik.
Memang sedap. Potongan sayur-sayuran dalam lauk punyalah besar.
Dalam sup tomyam pula, cendawan yang besar tu dipotong dua. Fuuhh!! Memang puas.
Sepanjang hidup Awadah ni, belum ada lagi restoran dalam Kuching ni menyediakan lauk-pauk yang sayurnya dipotong dengan potongan yang besar. Memang kenyang. Alhamdulillah…
Bila dah kenyang, kami semua ‘MELAWAT KALIMANTAN’, hehehehe.
Tak la. Kami pergi ke Kalimantan Border je. Bila dah sampai sana, kami semua dah macam orang yang tak pernah tengok hutan. Hahahaha!
Kami bergambar sakan. Rasa-rasanya, memory camera  n handphone kami dah full kot.
Macam-macam posing!
Amboi.. bergambar sakan yer.. SPM tak lama lagi tu… hehehe…
Dah habis bergambar, kami pun balik dan pergi ke Kuching Sentral .
Alahai.. jalan lagi. Last2, Awadah dengan dua orang rakan Awadah ‘transit’ kat Singapore Chicken Rice. Hehehe.. penuhkan perut lagi…  Selepas sejam kat sana, barulah kami pulang ke denstinasi masing2…

Pengalaman yang memang tak dapat nak dilupakan.
Empat perkataan yang menggambarkan perasaan Awadah ialah;
SUBHANALLAH, ASTAGHFIRULLAHALAZIM, ALLAHHUAKBAR dan ALHAMDULILLAH…

Ok, jom tengok gambar-gambar yang Awadah tangkap sepanjang perjalanan kami!



selamat datang!!






Ya Allah! tengok signboard tu!




kesian... sampai ada yang injured













Kalimantan, Indonesia







amacam??? puas tak???

-wassalam-

p/s: sampai kat rumah, seluruh badan sakit...



Saturday, September 22, 2012

Rindu Seorang Anak

Assalammualaikum...
Sekarang ni dah nak sampai penghujung bulan September...
Lepas tu bulan Oktober...
Then, bulan November...
S.P.M!!!!!!!
dan...
Bila masuk bulan November 17, genap setahun pemergian abah...
Rasa macam dalam cerita novel la...
Dalam setahun ni...
macam2 yang terjadi...
fuuuhhh!!!!
Yang pastinya, Awadah sangat rindukan Abah Awadah...
setiap kali, bila kawan2 cerita pasal ayah mereka, Awadah hanya mampu senyum je..
Tak pe..
walaupun sedih, life must go on..
setiap kali teringat kat abah, mesti teringat peristiwa setahun yang lalu...
masa tu kat SGH (SARAWAK GENERAL HOSPITAL)...
jom, kita imbau kisah tiga hari sebelum pemergian Abah...
Hari-hari bermakna buat kami semua..

JOM KITA BACA!
jangan ada yang nangis yerr!!!



13/11/11
10:30 malam
Mak call, bagitahu abah sakit tenat…
Ya Allah..sedih nya hati kakak ni…
Kakak, atuk dan pakcik terus pergi ke hospital…
Sampai je kat hospital, kakak dan atuk berlari terus pergi ke wad di tingkat 7…
Sampai je kat wad, kakak tengok mak dah terduduk menangis…
Kakak terus peluk mak…
Dalam masa yang sama, kakak dengar bunyi machine yang ntah apa2…
Tangisan kakak dan mak semakin kuat…
Tak lama lepas tu, ramai saudara-mara yang datang…
Semua orang berdoa untuk abah…
Semua orang nak abah sihat…
Beberapa minit kemudian…
Doktor bagitahu abah dah nazak…
Ya Allah!!
Kami semua ajar abah mengucap…
Alhamdulillah…
Akhirnya jantung abah kembali berfungsi…
Lebih kurang dalam jam 2:00 pagi…
Abah dihantar ke WAD ICU…
Kakak dengan mak tak tidur pun tak  apa…
Asalkan dapat jaga abah…
Akhirnya…
Mata ni pun terlelap…

14/11/11 
Abah masih belum sedarkan diri...
Air mata mak dan kakak tak henti-henti mengalir...
Dalam masa yang sama...
Alhamdulillah, ramai saudara-mara dan kawan-kawan datang jenguk abah...
Mereka semua beri sokongan kepada abah...
Mereka semua nak abah kembali pulih...
Mak dan kakak tak henti-henti berdoa dan berzikir semoga abah sembuh cepat...
tiba waktu tengah hari...
ada sedikit perubahan..,
keadaan semakin baik...
oleh kerana abah bertambah baik...
kakak dan mak balik ke rumah...
kami balik nk mandi...
sebab dah berapa hari kami tak mandi...
lagipun, Ngah Man ada datang jaga abah...

6.00 petang
Dalam perjalanan pergi ke GH…
Tiba-tiba kereta abah rosak …
Mak dan Kakak jadi nervous…
Alhamdulillah…
Salah seorang orang kampung melintasi mak dan kakak lalu kakak minta tolong dengan mereka…
Pada mulanya…
Kami sangkakan kereta abah kehabisan minyak…
Rupa-rupanya battery kereta abah weak…
Alhamdulillah…
Ramai yang datang bantu…
Akhirnya, pakcik datang bawa kereta atuk…
Kakak dengan mak pergi ke hospital bawa kereta atuk..
Pakcik balik bawa kereta abah…
Sampai je di hospital…
Ramai saudara-mara datang jenguk abah..

6:30 petang-waktu Maghrib
Tiba-tiba mata abah terbuka dan abah asyik pandang ke atas jer…
Semua kami bacakan Yaasiin…
Kakak call semua saudara-mara suruh datang ke hospital waktu tu juga…
Setengah jam kemudian…
Alhamdulillah…
Keadaan abah kembali seperti biasa…
Rupa-rupanya BP abah naik 200++…
Mak dan kakak bergilir-gilir masuk ke dalam wad ICU nak jenguk abah…
Malam tu, kakak dan mak tak tidur lena…
  
15/11/11
Alhamdulillah…
Abah dah sedar..
Keadaan abah masih kritikal walaupun stabil…
Doktor bagitahu, jantung abah lemah…
Doktor nak tunggu oksigen sampai ke otak…
Setiap kali, sesiapa yang datang jenguk dan bercakap dengan abah…
Abah mesti menagis…
Abah kelip mata tandanya abah dengar…
Setiap kali kakak tengok abah…
Air mata ni tak henti-henti mengalir…
Kita akan sama-sama menangis…
Sayu je hati ni tengok keadaan abah macam tu..
Kami semua tak henti-henti bagi kata-kata semangat dengan abah…
Supaya abah cepat sembuh…
Kita nak pindah rumah baru kan…
Sedihnya tengok abah…
Tak  apa, ALLAH lebih tahu…
Malam tu, kakak Tanya doctor keadaan abah…
Alhamdulillah..
Doktor cakap abah ada improvement…

16/11/11
Pagi tu, bangun tidur selepas sarapan…
Kakak dan mak jenguk abah di wad ICU…
HAH! APA DAH JADI???!!!
Doktor dan staff nurse mengelilingi katil abah…
Kakak tanya staff nurse apa dah jadi dengan abah…
Rupa-rupanya tube di mulut abah tersumbat kerana terlalu banyak kahak yang tak dibuang…
Ya Allah!!
Mak dah tak sanggup nak tengok keadaan abah masa tu…
Mak terus keluar dari wad ICU..
Selesai je mereka “kerjakan” abah…
Kakak terus menuju ke katil abah…
Lenanya abah tidur…
Itu pun disebabkan ubat yang diberikan oleh doctor…
Kakak biarkan abah tidur…
Kakak pun keluar dari wad ICU…
Kakak bagitahu mak abah ok jer…
Mulut mak tak henti-henti berdoa, berzikir…
Kalau ada masa lapang…
Kakak bacakan Yaasiin untuk abah…
Tengah hari…
Ramai student abah yang datang…
Mereka semua nak abah sihat…
Mereka semua berikan semangat dengan abah…
Mereka tulis surat…
Mereka rindukan kelas abah
Mereka nak abah mengajar lagi…
Mereka nak abah sihat…
Kakak pesan dengan abah…
Jangan menagis depan orang….
Tapi, kakak yang menangis…
Malam tu…barulah kakak dan mak tidur lena…



17/11/11
Alhamdulillah….
Abah semakin menunjukka perubahan yang positif…
Kaki dan tangan abah sudah dapat digerakkan…
Seronoknya…
Pagi tu, mak cik datang jenguk abah…
Mak cik bagitahu mak dan kakak…
Abah senyum dengan mak cik…
Kakak pun senyum dengan lebarnya…
Oleh sebab keadaan abah semakin baik…
Mak balik ke rumah sebab nak mandi…
Dah tiga hari mak tak mandi…
Tinggallah kakak jaga abah…
Abah…
Kakak bacakan Al-fatihah ke telinga abah…
Kakak ajak abah berzikir…
Tiba-tiba mak call bagitahu keputusan UPSR abang…
Alhamdulillah…
Abang dapat 4A 1B…
Kakak bagitahu abah abang dapat 4A 1B…
Kemudian…
Kakak pun keluar…
Belum lama kakak duduk…
Staff nurse panggil kakak…
Kakak jadi nervous dan Tanya kenapa…
Rupa-rupanya doctor nak tambah darah abah…
Kakak terus call mak suruh datang ke GH segera…
Setengah jam kemudian…
Mak datang dan terus jumpa doctor dan sign surat kebenaran…
Doktor pun tambah darah abah…
Lepas tu, giliran kakak balik…
Sebelum balik tu, kakak jumpa abah…
Kakak tengok abah berpeluh jer…
Hairannya…
Kenapa boleh berpeluh sedangkan bilik wad ICU teramat sejuk…
Kakak bagitahu mak…
Mak Tanya doctor..
Doktor kata, mungkin darah yang ditambah tak serasi dengan abah..
Mereka berhentikan penambahan darah…
Kakak keluar lagi…
Kakak bagitahu mak, kakak nak balik..
Mak pun suruh kakak balik…
Sebelum balik tu…
Kakak nak jumpa abah…
Tapi, staff nurse tengah mandikan abah…
Kakak jadi hampa…
Kakak terus balik…
Dalam perjalanan balik…
Tiba-tiba kakak dapat call daripada mak..
Mak kata abah kena serangan jantung lagi…
Ya ALLAH!!!
Atuk pecut terus pergi ke GH…
Sampai je di GH…
Kakak terus berlari menuju ke WAD ICU…
Kakak tengok mak dah menangis…
Kakak terus peluk mak..
Lepas tu, kakak masuk nak jumpa abah…
Tapi…
Doktor masih mengelilingi katil abah…
Kakak tunggu jer…
Tak lama lepas tu…
Kakak dengan doctor dan staff nurse gelak…
Mungkin abah dah kembali pulih…
Leganya hati ni…
Kakak pun keluar…
Belum pun punggung ni mencecah kerusi…
Pak cik guard panggil…
3:05 petang
Innalillahiwainnailaihiiun….
ABAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
JANGAN TINGGALKAN KAKAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KAKAK SAYANGKAN ABAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Berakhir sudah segala penderitaan abah…
Putus sudah ikatan abah dengan dunia…
Kini abah menghadap ILAHI…
Semua orang sedih dengan pemergian abah…
Kakak macam tak percaya je abah dah tak ada…
Baru tadi kakak sembang dengan abah…
Abah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11
Petang tu jenazah abah dibawa balik ke rumah…
Kakak menangis tengok jenazah abah dibaringkan di atas katil abah…
Lepas ni kakak dah tak ada abah lagi…
Abah tahu…
Muka abah senyum…
Abah senyum dengan semua orang…
Abah senyum dengan kakak…
ABAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kulit abah masih sama seperti abah waktu sihat…
Alhamdulillah…
Ramai yang datang…
Ramai yang solat jenazah untuk abah…
Ramai yang mengiringi jenazah abah menuju ke “rumah baru” abah…
Ada pakcik tu bagitahu…
Masa jenazah abah dimasuk ke liang lahad…
Badan abah lembut jer…


Abah….
Sekarang ni kami da jadi anak yatim…
Kami dah tak ada abah lagi…
Kami Cuma ada mak jer…
Kami selalu berdoa untuk abah…
Semoga abah sentiasa tenang…
Walaupun abah jauh daripada mata kami…
Abah sangat dekat di hati kami….

Sekarang ni, Awadah dah nak SPM...
semoga Awadah dapat buat yang terbaik untuk Abah dan keluarga...

:(

-wassalam-