Assalammualaikum…
Hari ini, Awadah nak bercerita mengenai
pengalaman kami ‘menawan’ Puncak Borneo.
Pada 29 September 2012, seramai 32 orang
ahli rombongan yang menyertai rombongan menuju ke Puncak Borneo.
Kami berangkat dari sekolah pada
pukul 7:30 pagi dan sampai di pintu
gerbang Puncak Borneo pada pukul 8:20 pagi. Kemudian, kami mula berjalan 10
minit kemudian.
Bersama-sama kami adalah pemandu
pelancong, En. Faiz bersama seorang lagi rakannya.
Pada mulanya, kami semua penuh semangat
untuk sampai ke puncak.
Menurut En. Faiz, jika berjalan kaki, masa
yang diambil untuk sampai ke puncak adalah DUA JAM! Fuuuhhhh!!! Panjang jalan tu adalah 10km…
fuuhhhlaaamaaakkkk!!!!!!
Setelah satu jam berjalan, Awadah memang
tak larat lagi.
Jalan tu bukan mendatar tapi turun naik
bukit. Memang tak larat.
Akhirnya, pemandu kereta pelancong tu
suruh Awadah masuk dalam kereta. Sebab cikgu cakap muka Awadah memang dah
pucat.
Lepas tu, dia turunkan Awadah kat satu
tempat sebab dia nak ambil 3 orang lagi cikgu kami yang datang lewat. So,
Awadah teruskan berjalan bersama cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang lain.
Setengah jam kemudian, kami semua memang
dah tak larat. Jalan tu semakin tinggi. Jadi, kami ambil keputusan dengan
menumpang uncle tadi dan hantar kami ke
kawasan air terjun.
Lepas tu, dia ulang-alik ambil
rakan-rakan dan cikgu-cikgu yang lain. Bila dah sampai kat air terjun tu,
Awadah rasa tenang sangat. Sejuk sangat.
Ada juga rakan-rakan yang berjaya
berjalan kaki sampai ke air terjun tu. Syabas!!
Kemudian, bila semua sudah ada, kami
naik ke Puncak Borneo dengan menggunakan kenderaan khas.
Apabila dah sampai ke puncak tu, Awadah
pandang ke bawah. SUBHANALLAH!!
Awadah macam tak percaya yang kami dah
mendaki setinggi tu!
Inilah pengalaman pertama Awadah mendaki
setinggi tu. Memang tak percaya.
Dengan keadaan jalan rayanya sperti ular
kena palu. Lepas tu turun naik bukit lagi. Memang unexpected! 10 minit
kemudian, akhirnya kami berjaya sampai ke BORNEO HIGHLAND RESORT!!
>WELCOME TO BORNEO HIGHLAND
RESORT<
Kedatangan kami disambut oleh lima ekor
kuda yang comel-comel yang sedang meragut rumput. Hihihihi…
Bila dah sampai ka puncak tu, Awadah
ingatkan jalan tu mendatar je, tak payah nak mendaki bukit lagi. Rupa-rupanya tak.
Kami kena daki bukit untuk sampai ke
lobby resort tu.
Aduhai… Sekali lagi, dipertengahan jalan
tu, Awadah tiba-tiba sakit perut. Tak dapat nak jalan. Awadah rehat sekejap.
Then baru sambung lagi perjalanan kami. Sepanjang perjalanan tu, kami semua tergamam
melihat banglo-banglo yang ada kat sana.
Kami ingatkan banglo tu untuk pelancong
yang datang untuk menginap, rupa-rupanya banglo tu milik persendirian.
Menurut En. Faiz, harga tanah kat situ
berharga RM 600,000.00. Kemudian, pemilik akan mendirikan sendiri rumah kat
atas tanah masing-masing.
Jumlah banglo yang ada disana adalah 15
buah semuanya. 14 buah sudah dimiliki manakala yang ke-15 pula akan dijual
dengan harga RM 2 500 000.00. ALLHHUAKBAR!!!
Siapa la yang bertuah dapt beli banglo
tu.
Tengok kiri, tengok kanan, kagum sangat dengan pemandangan kat
atas puncak tu.
Sepanjang jalan tu dipenuhi dengan
pelbagai jenis bunga. Salah satunya adalah pokok misau kucing yang berwarna
purple. Pokok lavender(my favourite) ada juga.
Memang penat sangat.
Tak lama lepas tu, kami pun sampai di
lobby resort tu. Akhirnya!! Sampai juga kami di sana. Alhamdulillah…
Yeeeaaayyyyyhhh!!!!!
Bila dah sampai tu, apa tunggu lagi,
kami mulalah mengisi perut ni. Makanan yang disediakan, subhanallah. Sedapnya
hingga tak terkata. Sayur yang dimasak adalah sayur organik.
Memang sedap. Potongan sayur-sayuran
dalam lauk punyalah besar.
Dalam sup tomyam pula, cendawan yang
besar tu dipotong dua. Fuuhh!! Memang puas.
Sepanjang hidup Awadah ni, belum ada
lagi restoran dalam Kuching ni menyediakan lauk-pauk yang sayurnya dipotong
dengan potongan yang besar. Memang kenyang. Alhamdulillah…
Bila dah kenyang, kami semua ‘MELAWAT
KALIMANTAN’, hehehehe.
Tak la. Kami pergi ke Kalimantan Border
je. Bila dah sampai sana, kami semua dah macam orang yang tak pernah tengok
hutan. Hahahaha!
Kami bergambar sakan. Rasa-rasanya,
memory camera n handphone kami dah full
kot.
Macam-macam posing!
Amboi.. bergambar sakan yer.. SPM tak
lama lagi tu… hehehe…
Dah habis bergambar, kami pun balik dan
pergi ke Kuching Sentral .
Alahai.. jalan lagi. Last2, Awadah
dengan dua orang rakan Awadah ‘transit’ kat Singapore Chicken Rice. Hehehe..
penuhkan perut lagi… Selepas sejam kat
sana, barulah kami pulang ke denstinasi masing2…
Pengalaman yang memang tak dapat nak
dilupakan.
Empat perkataan yang menggambarkan
perasaan Awadah ialah;
SUBHANALLAH, ASTAGHFIRULLAHALAZIM,
ALLAHHUAKBAR dan ALHAMDULILLAH…
Ok, jom tengok gambar-gambar yang Awadah
tangkap sepanjang perjalanan kami!
selamat datang!!
Ya Allah! tengok signboard tu!
kesian... sampai ada yang injured
Kalimantan, Indonesia
amacam??? puas tak???
-wassalam-
p/s: sampai kat rumah, seluruh badan sakit...
No comments:
Post a Comment