Pages

Saturday, September 22, 2012

Rindu Seorang Anak

Assalammualaikum...
Sekarang ni dah nak sampai penghujung bulan September...
Lepas tu bulan Oktober...
Then, bulan November...
S.P.M!!!!!!!
dan...
Bila masuk bulan November 17, genap setahun pemergian abah...
Rasa macam dalam cerita novel la...
Dalam setahun ni...
macam2 yang terjadi...
fuuuhhh!!!!
Yang pastinya, Awadah sangat rindukan Abah Awadah...
setiap kali, bila kawan2 cerita pasal ayah mereka, Awadah hanya mampu senyum je..
Tak pe..
walaupun sedih, life must go on..
setiap kali teringat kat abah, mesti teringat peristiwa setahun yang lalu...
masa tu kat SGH (SARAWAK GENERAL HOSPITAL)...
jom, kita imbau kisah tiga hari sebelum pemergian Abah...
Hari-hari bermakna buat kami semua..

JOM KITA BACA!
jangan ada yang nangis yerr!!!



13/11/11
10:30 malam
Mak call, bagitahu abah sakit tenat…
Ya Allah..sedih nya hati kakak ni…
Kakak, atuk dan pakcik terus pergi ke hospital…
Sampai je kat hospital, kakak dan atuk berlari terus pergi ke wad di tingkat 7…
Sampai je kat wad, kakak tengok mak dah terduduk menangis…
Kakak terus peluk mak…
Dalam masa yang sama, kakak dengar bunyi machine yang ntah apa2…
Tangisan kakak dan mak semakin kuat…
Tak lama lepas tu, ramai saudara-mara yang datang…
Semua orang berdoa untuk abah…
Semua orang nak abah sihat…
Beberapa minit kemudian…
Doktor bagitahu abah dah nazak…
Ya Allah!!
Kami semua ajar abah mengucap…
Alhamdulillah…
Akhirnya jantung abah kembali berfungsi…
Lebih kurang dalam jam 2:00 pagi…
Abah dihantar ke WAD ICU…
Kakak dengan mak tak tidur pun tak  apa…
Asalkan dapat jaga abah…
Akhirnya…
Mata ni pun terlelap…

14/11/11 
Abah masih belum sedarkan diri...
Air mata mak dan kakak tak henti-henti mengalir...
Dalam masa yang sama...
Alhamdulillah, ramai saudara-mara dan kawan-kawan datang jenguk abah...
Mereka semua beri sokongan kepada abah...
Mereka semua nak abah kembali pulih...
Mak dan kakak tak henti-henti berdoa dan berzikir semoga abah sembuh cepat...
tiba waktu tengah hari...
ada sedikit perubahan..,
keadaan semakin baik...
oleh kerana abah bertambah baik...
kakak dan mak balik ke rumah...
kami balik nk mandi...
sebab dah berapa hari kami tak mandi...
lagipun, Ngah Man ada datang jaga abah...

6.00 petang
Dalam perjalanan pergi ke GH…
Tiba-tiba kereta abah rosak …
Mak dan Kakak jadi nervous…
Alhamdulillah…
Salah seorang orang kampung melintasi mak dan kakak lalu kakak minta tolong dengan mereka…
Pada mulanya…
Kami sangkakan kereta abah kehabisan minyak…
Rupa-rupanya battery kereta abah weak…
Alhamdulillah…
Ramai yang datang bantu…
Akhirnya, pakcik datang bawa kereta atuk…
Kakak dengan mak pergi ke hospital bawa kereta atuk..
Pakcik balik bawa kereta abah…
Sampai je di hospital…
Ramai saudara-mara datang jenguk abah..

6:30 petang-waktu Maghrib
Tiba-tiba mata abah terbuka dan abah asyik pandang ke atas jer…
Semua kami bacakan Yaasiin…
Kakak call semua saudara-mara suruh datang ke hospital waktu tu juga…
Setengah jam kemudian…
Alhamdulillah…
Keadaan abah kembali seperti biasa…
Rupa-rupanya BP abah naik 200++…
Mak dan kakak bergilir-gilir masuk ke dalam wad ICU nak jenguk abah…
Malam tu, kakak dan mak tak tidur lena…
  
15/11/11
Alhamdulillah…
Abah dah sedar..
Keadaan abah masih kritikal walaupun stabil…
Doktor bagitahu, jantung abah lemah…
Doktor nak tunggu oksigen sampai ke otak…
Setiap kali, sesiapa yang datang jenguk dan bercakap dengan abah…
Abah mesti menagis…
Abah kelip mata tandanya abah dengar…
Setiap kali kakak tengok abah…
Air mata ni tak henti-henti mengalir…
Kita akan sama-sama menangis…
Sayu je hati ni tengok keadaan abah macam tu..
Kami semua tak henti-henti bagi kata-kata semangat dengan abah…
Supaya abah cepat sembuh…
Kita nak pindah rumah baru kan…
Sedihnya tengok abah…
Tak  apa, ALLAH lebih tahu…
Malam tu, kakak Tanya doctor keadaan abah…
Alhamdulillah..
Doktor cakap abah ada improvement…

16/11/11
Pagi tu, bangun tidur selepas sarapan…
Kakak dan mak jenguk abah di wad ICU…
HAH! APA DAH JADI???!!!
Doktor dan staff nurse mengelilingi katil abah…
Kakak tanya staff nurse apa dah jadi dengan abah…
Rupa-rupanya tube di mulut abah tersumbat kerana terlalu banyak kahak yang tak dibuang…
Ya Allah!!
Mak dah tak sanggup nak tengok keadaan abah masa tu…
Mak terus keluar dari wad ICU..
Selesai je mereka “kerjakan” abah…
Kakak terus menuju ke katil abah…
Lenanya abah tidur…
Itu pun disebabkan ubat yang diberikan oleh doctor…
Kakak biarkan abah tidur…
Kakak pun keluar dari wad ICU…
Kakak bagitahu mak abah ok jer…
Mulut mak tak henti-henti berdoa, berzikir…
Kalau ada masa lapang…
Kakak bacakan Yaasiin untuk abah…
Tengah hari…
Ramai student abah yang datang…
Mereka semua nak abah sihat…
Mereka semua berikan semangat dengan abah…
Mereka tulis surat…
Mereka rindukan kelas abah
Mereka nak abah mengajar lagi…
Mereka nak abah sihat…
Kakak pesan dengan abah…
Jangan menagis depan orang….
Tapi, kakak yang menangis…
Malam tu…barulah kakak dan mak tidur lena…



17/11/11
Alhamdulillah….
Abah semakin menunjukka perubahan yang positif…
Kaki dan tangan abah sudah dapat digerakkan…
Seronoknya…
Pagi tu, mak cik datang jenguk abah…
Mak cik bagitahu mak dan kakak…
Abah senyum dengan mak cik…
Kakak pun senyum dengan lebarnya…
Oleh sebab keadaan abah semakin baik…
Mak balik ke rumah sebab nak mandi…
Dah tiga hari mak tak mandi…
Tinggallah kakak jaga abah…
Abah…
Kakak bacakan Al-fatihah ke telinga abah…
Kakak ajak abah berzikir…
Tiba-tiba mak call bagitahu keputusan UPSR abang…
Alhamdulillah…
Abang dapat 4A 1B…
Kakak bagitahu abah abang dapat 4A 1B…
Kemudian…
Kakak pun keluar…
Belum lama kakak duduk…
Staff nurse panggil kakak…
Kakak jadi nervous dan Tanya kenapa…
Rupa-rupanya doctor nak tambah darah abah…
Kakak terus call mak suruh datang ke GH segera…
Setengah jam kemudian…
Mak datang dan terus jumpa doctor dan sign surat kebenaran…
Doktor pun tambah darah abah…
Lepas tu, giliran kakak balik…
Sebelum balik tu, kakak jumpa abah…
Kakak tengok abah berpeluh jer…
Hairannya…
Kenapa boleh berpeluh sedangkan bilik wad ICU teramat sejuk…
Kakak bagitahu mak…
Mak Tanya doctor..
Doktor kata, mungkin darah yang ditambah tak serasi dengan abah..
Mereka berhentikan penambahan darah…
Kakak keluar lagi…
Kakak bagitahu mak, kakak nak balik..
Mak pun suruh kakak balik…
Sebelum balik tu…
Kakak nak jumpa abah…
Tapi, staff nurse tengah mandikan abah…
Kakak jadi hampa…
Kakak terus balik…
Dalam perjalanan balik…
Tiba-tiba kakak dapat call daripada mak..
Mak kata abah kena serangan jantung lagi…
Ya ALLAH!!!
Atuk pecut terus pergi ke GH…
Sampai je di GH…
Kakak terus berlari menuju ke WAD ICU…
Kakak tengok mak dah menangis…
Kakak terus peluk mak..
Lepas tu, kakak masuk nak jumpa abah…
Tapi…
Doktor masih mengelilingi katil abah…
Kakak tunggu jer…
Tak lama lepas tu…
Kakak dengan doctor dan staff nurse gelak…
Mungkin abah dah kembali pulih…
Leganya hati ni…
Kakak pun keluar…
Belum pun punggung ni mencecah kerusi…
Pak cik guard panggil…
3:05 petang
Innalillahiwainnailaihiiun….
ABAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
JANGAN TINGGALKAN KAKAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KAKAK SAYANGKAN ABAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Berakhir sudah segala penderitaan abah…
Putus sudah ikatan abah dengan dunia…
Kini abah menghadap ILAHI…
Semua orang sedih dengan pemergian abah…
Kakak macam tak percaya je abah dah tak ada…
Baru tadi kakak sembang dengan abah…
Abah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!11
Petang tu jenazah abah dibawa balik ke rumah…
Kakak menangis tengok jenazah abah dibaringkan di atas katil abah…
Lepas ni kakak dah tak ada abah lagi…
Abah tahu…
Muka abah senyum…
Abah senyum dengan semua orang…
Abah senyum dengan kakak…
ABAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kulit abah masih sama seperti abah waktu sihat…
Alhamdulillah…
Ramai yang datang…
Ramai yang solat jenazah untuk abah…
Ramai yang mengiringi jenazah abah menuju ke “rumah baru” abah…
Ada pakcik tu bagitahu…
Masa jenazah abah dimasuk ke liang lahad…
Badan abah lembut jer…


Abah….
Sekarang ni kami da jadi anak yatim…
Kami dah tak ada abah lagi…
Kami Cuma ada mak jer…
Kami selalu berdoa untuk abah…
Semoga abah sentiasa tenang…
Walaupun abah jauh daripada mata kami…
Abah sangat dekat di hati kami….

Sekarang ni, Awadah dah nak SPM...
semoga Awadah dapat buat yang terbaik untuk Abah dan keluarga...

:(

-wassalam-


No comments:

Post a Comment