Assalammualaikum...
Dalam dunia ni, siapa yang taknak berjaya kan??
Rata-rata manusia nak kan kejayaan dan kekayaan...
Tak hairanlah kalau ada yang hanya tidur 2 3 jam kerana
terlalu mengejar kekayaan+kejayaan...
Datuk saya penah berpesan, “APABILA KITA BERJAYA DI
DUNIA, TIDAK BERMAKSUD KITA JUGA AKAN BERJAYA DI AKHIRAT”...
Mak saya pula berpesan kepada anak-anaknya, “TAK APA
KALAU KURANG BERJAYA DI DUNIA ASALKAN KITA TAK LUPA PADA AKHIRAT, TAK LUPA PADA
ALLAH”...
Mereka inilah yang menjadi pendorang setiap kali saya
rasa letih+hampir putus asa dalam berusaha...
“ALLAH TAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN
MEREKA MENGUBAH DIRI SENDIRI”...
Semasa mengikuti KEM LEPASAN SEKOLAH di Kompleks Belia
dan Sukan Januari lalu, salah seorang Akhi berpesan kepada kami, “dalam dunia
ni rezeki itu ada di mana-mana. Allah taknak bagi terus sebab Dia nak kita
berusaha”...
Hebatkan perancangan Allah...
Baru-baru ini, keputusan SPM baru saja diumumkan...
Ramai yang dapat keputusan yang SUPERB!!
Alhamdulillah...
Seronokkan???
Sampai tak terkata dek keseronokan yang dirasa...
Dulu, sewaktu saya di tingkatan 1 hingga 5, setiap kali
saya lihat wajah-wajah mereka yang berjaya, terdetik di hati saya untuk menjadi
seperti mereka...
Tetapi, ketika itu saya kurang yakin...
Boleh ke saya jadi seperti mereka??
Apabila sudah naik ke tingkatan lima, kesedaran mula
bertapak di hati saya...
Kebetulan pula ketika itu, Abah saya baru meninggal...
Meskipun hati saya merajuk kerana saya tidak pernah
bersama Abah ketika menduduki peperiksaan awam ini...
Dari UPSR, PMR dan SPM...
Saya sendirian...
Cuma ada mak saya saja...
Saya tetapkan hati, walauapapun yang terjadi, mak dan
adik2 saya tetap saya jaga...
Tak ada sesiapa pun yang boleh sakitkan hati mak saya...
Tak ada sesiapa pun yang boleh jentik adik2 saya tanpa
sebab yang muhasabah...
Jadi, saya tanamkan dalam hati saya, saya mesti lakukan
sesuatu perubahan...
Saya berkawan dengan best students dalam kelas saya...
Saya lihat cara mereka belajar...
Saya contohi sikap baik mereka...
Saya bagitahu diri saya sendiri, kalau mereka boleh
kenapa tidak saya...
Walaupun keputusan PMR saya tidak sehebat mereka, itu
bukan penghalang untuk saya berjaya...
Orang yang tidak pernah gagal adalah adalah orang yang
tidak pernah berjaya...
Itulah prinsip yang saya pegang setiap kali saya dapat
markah yang rendah dalam peperiksaan semester...
Saya tenung kembali apa yang membuatkan saya kurang
berjaya semasa PMR dulu...
Saya abaikan sikap2&tabiat2 yang boleh melalaikan
saya...
Saya belajar bersungguh2...
Saya taknak ponteng kelas dan kelas tambahan kecuali atas
sebab-sebab tertentu...
Saya tahu begaimana diri saya, jadi saya cuba untuk
majukan diri sebelum saya majukan orang lain...
Saya ingat pesanan mak kepada saya, “KALAU NAK BERJAYA,
JANGAN TUNGGU ORANG LAIN UNTUK MULAKAN LANGKAH. KITA SENDIRI HARUS MEMULAKAN
LANGKAH KITA.”
Kata2 itu yang saya pegang ketika saya tinggal di asrama
sepanjang SPM berlangsung...
Sepanjang kehidupan saya bergelar pelajar di sekolah, mak
saya adalah ahli falsafah yang saya pegang kata2 beliau sehingga hari ini...
Akhirnya, Alhamdulillah, saya mampu buat mak saya
tersenyum dan menangis gembira... J
TAPI... bukan setakat itu saja...
Perjalanan masih jauh lagi...
Banyak lagi yang harus saya lakukan...
Menuntut ilmu bukan hanya di sekolah atau pusat pengajian...
Tapi juga dalam kehidupan seharian...
Menuntut ilmu bukan hanya untuk dunia...
Tapi untuk akhirat juga...
Memandangkan ramai yang dapat keputusan yang HEBAT dalam
SPM lalu...
Jadi, saya bertanya kepada rakan-rakan saya yang
berlainan sekolah mengenai persiapan sebelum menduduki peperiksaan...
Kata mereka...
ALINA HASNAN, 9A (SMK JALAN ARANG)
“Dapatkan keredhaan daripada mereka yang memberi ilmu
kepada kita. Semestinya guru2 kita. Sayangi mereka seperti kita menyayangi ibu
bapa kita. Tumpukan perhatian di dalam kelas. Luangkan masa dengan
mengulangkaji subjek yang lemah. Bagi yang lemah metapelajaran Sejarah,
hafalkan apa yang dibaca. Ketika menghafal, jangan makan MAGGIE, CHEWING GUM
dan jangan minum AIR GAS. Semua makanan ini boleh melemahkan daya ingatan kita.
Jangan sesekali tinggalkan SOLAT. 9 subjek bermakna berpuasa sunat 9 hari.
Selesai solat fardhu, iringkan dengan solat dhuha. Minta maaf dengan ibu bapa,
guru dan rakan2 sebelum duduk exam. Ketika ada waktu terluang di antara dua
matapelajaran, lakukan solat sunat dhuha.”
HAMLIA ZAKREE, 7A
(SMK ENGKELILI)
“Persediaan sebelum peperiksaan ;
Sebelum ke sekolah, minta keredhaan dan doa daripada mak
dan abah supaya apa senang nak terima apa yang di ajar oleh cikgu. Sebelum
keluar rumah, pasang niat yang kita nak ke sekolah adalah untuk menimba ilmu
ikhlas kerana Allah Taala, nak dapatkan ilmu yang bermanfaat. Selalu baca doa
sebelum keluar rumah.
Di sekolah ;
Apa-apa masalah kita di luar sekolah, tinggalkan dulu,
jangan di bawa masuk ke dalam sekolah. Lupakan masalah di luar sekejap. Ingat
balik nawaitu kita ke sekolah. Macam biasa, sebelum mula belajar, saya akan
pusing-pusing blok kelas untuk lihat pemandangan. Kemudian masuk kelas, sedia
buku untuk subjek awal pagi. Sebelum belajar, jangan lupa baca doa penerang
hati. Sewaktu belajar, dengar apa yang cikgu katakan. Jangan tidur di dalam
kelas. Ada pelajar, apabila belajar sesuatu yang baru, mereka akan lambat untuk
memahami pembelajaran tersebut. Jadi, jangan stress. Jumpa rakan-rakan yang
mudah untuk faham. Kalau masih tak faham, jumpa cikgu. Jika masih lagi kurang
faham, berdoalah pada Allah, mohon dibukakan hati untuk terima apa yang dipelajari.
Ada sesetengah pelajar memaksa dirinya untuk terima apa yang dibelajar. Itu
bukan cara saya. Saya bukan jenis yang suka menghafal. Dalam 10 subjek, saya
Cuma mengingati fakta-fakta penting sahaja. Selebihnya saya belajar dirumah.
Untuk subjek matematik, perlukan latihan yang berterusan. Sekurang-kurangnya 10
latihan sehari. Sepanjang kita disekolah, jangan cari pasal dengan cikgu. Jika
tidak, kita akan berdepan dengan masalah pembelajaran. Jika ada sesiapa yang
menyakiti hati cikgu, cepat2 minta maaf. Itu salah satu faktor kita susah untuk
terima apa yang di ajar. Jaga adab dengan pendidik, jaga adab dengan
kawan-kawan dan jaga adab dengan keluarga. Sebagai seorang muslim, kita perlu
ingat, USAHA+DOA+TAWAKKAL=KEJAYAAN. Saya pegang janji Allah, MANJADDA WAJADA.
Sebagai seorang muslim, kita jangan sesekali putus harapan dengan Allah. Jika
ada masalah, senang sahaja. Kembali kepada Allah. Guru kaunseling saya selalu
berpesan begitu kepada saya. Renung kembali amalan harian kita. Hidup ini
jangan terlalu mengejar ilmu dunia sehingga kita lupa dengan ilmu akhirat. Ustaz saya selalu pesan,
kejar dunia kejar akhirat juga. Jangan tinggal salah satu. Biar seimbang.
Ibadat wajib jangan tinggal. Itu yang penting. Tambah juga dengan amalan2
sunat. Apa-apa perbuatan dan amalan kita di dunia akan memberi kesan kepada
diri kita sendiri. Allah Maha Penyayang. Dia melihat usaha kita, keinginan kita
untuk berjaya dan amalan kita. Untuk dapatkan yang terbaik, berusahalah untuk
jadi yang terbaik. Sesetengah mereka akan berfikir kata-kata itu hanya untuk
jodoh. Tidak semestinya. Nak dapatkan yang terbaik, berusahalah jadi yang
terbaik dalam pelajaran. Jangan sempitkan pemikiran untuk satu tujuan sahaja.
Untuk dapatkan keputusan yang MELETOP, berusahalah ke arah itu, belajar bersungguh-sungguh,
jauhi perkara yang melalaikan dan sentiasa berzikir.”
Sedikit tambahan daripada saya, jaga hubungan dengan
Allah, jaga hubungan sesama manusia...
Peringatan, jika apa yang kita pelajari itu susah untuk
difahami, segera lakukan solat taubat...
Minta Allah bukakan pintu hati kita untuk mudah menerima
ilmu... J
Berhenti lakukan perkara2 yang mungkar...
Tutup aurat dengan sempurna...
Jaga batas pergaulan dengan rakan2...
Jangan malas untuk berkongsi ilmu dengan rakan2...
Jangan hanya memasang angan-angan mat jenin...
Angan-angan ke mana, diri ke mana...
Sentiasa berfikiran positif...
Jangan bersangka buruk dengan orang lain...
Selalulah berdoa kepada Allah...
Yakin kepada diri, bahawa kita boleh lakukan...
Dulu, sebelum masuk ke tingkatan 4, saya dibayangi dengan
kata-kata yang mengatakan bahawa subjek Matematik Tambahan itu adalah susah...
Saya hanya tersenyum...
Mula-mula kita memang akan rasa kosong apabila pertama
kali belajar subjek matematik tambahan...
Tapi, lama kelamaan kita akan rasa seronok...
Jangan set minda kita bahawa matematik tambahan itu
susah...
Buat banyak latihan...
Jangan tangguhkan kerja rumah di beri...
Dulu, saya lemah dalam subjek Chemistry...
Saya pernah gagal dalam subjek tersebut...
Kemudian, saya bangkit dari kegagalan itu...
Saya berusaha bersungguh-sungguh...
Saya buat latihan yang sebanyak mungkin...
Hafal semua bahan-bahan kimia dan fahami setiap experimen
yang ada...
Tumpu perhatian apabila guru mengajar...
Jangan merungut jika berhadapan dengan soalan yang
susah...
WALAU APAPUN YANG TERJADI, KEMBALI KEPADA AGAMA...
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini...
Insya Allah, jika ada sesuatu yang menarik, saya akan
update entri terbaru lagi...
No comments:
Post a Comment