Pages

Tuesday, April 9, 2013

Maut boleh jemput kita bila2 masa!

Assalammualaikum...

Huhuhuhu...
Sepanjang saya jadi "suri rumah" ni, tak da kerja lain nak buat...
Lepas siap semua kerja2 dalam rumah,saya mengadap notebook ni...
Kalau tak menconteng, mem"facebook", kalau tak, ber"blog"...
dah tak ada benda lain nak buat...
sepanjang bersahabat dengan blogger ni, dah macam2 rupa gaya blog ni...sekejap macam itu,,
sekejap macam ini..
tukar background, tukar header..tambah gadget itu ini...
huhuhu..saya pula yang pening...
oh ya, sepanjang bersahabat dengan blogger ni, selalu juga jumpa blog2 yang menarik, yang memberi inspirasi kepada diri ini...
Antaranya...
1. Blog Kak Lyssa
2. Blog Kak Sha (mycousin)
3. Blog Kak Dina 
4. Blog Cikgu Fiq
Itulah antara blog yang selalu saya kunjungi....
Lama2, bila dah ada blog ni, rajin pula saya nak bercerita...
dah macam bertih jagung tangan ni nak menulis itu ini...
Maklumla...jadi puteri lilin beberapa bulan ni kan...
huhuhuhuhuhu...
Oh ya...cerita terbaru...
Jumaat yang kepas, kami telah kehilangan seorang ahli keluarga...
Ahli keluarga yang baru...
Baby ni, baru jer 3 hari melihat dunia...
Tapi, Allah awal2 dah jemput dia...
Terkilan juga sebab saya tak sempat nak jumpa arwah baby tu...
Hari Khamis tu, ingatkan nak ziarah dia, tapi neneknya bagitahu, dia ke klinik..
tak jadi la nak ziarah...
tiba2, pagi Jumaat tu, waktu subuh, mak saya bagitahu baby tu dah xda...
terkejut tau..
bangun2 tidur terus dengar berita macam tu..
sedih juga la..
Hari tu, saya sempat jumpa dengan ibu si arwah baby tu, saya terharu+pilu bila tengok ibunya masih tersenyum...
husnudzon dengan Allah dan dengan apa yang terjadi...
tersentuh sangat2...
Tak apa kan..ada juga orang yang tunggu mak ayah dia depan pintu syurga nanti...
Itu lah..hidup ni, kita tak boleh nak jangkakan berapa lama boleh hidup...
terkejut je dengar dah meninggal...

So, kita yang hidup ni, tambah2 la amal jariah tu yer...
Jangan nak tunggu dah bersedia atau tak, baru nak berubah..
dibuat nya sampai mati tak bersedia,,, hah??? apa nak dijawab nanti...
bila saya fikir2 balik, ada kalanya, kita perlu paksa diri nak berubah...
ubah fikiran kita...
jangan selalu fikir apa orang kata tentang perubahan kita nanti...
Kalau asyik fikir apa org kata, bila nak berubah, kan???
So, berdoalah supaya Allah buka pintu hati kita nak berubah...
Jangan kata tunggu sampai seru baru nak berubah..
Hari2 kita diseru, 5 kali sehari!

p/s: Al-Fatihah untuk arwah baby Muhammad Qayyum Farhan b. Farid. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

-wassalam-


No comments:

Post a Comment