Pages

Sunday, May 12, 2013

Saya buat kerana Allah

Assalammualaikum...

Sebenarnya, dah lama saya nak bercerita tentang ini tapi belum ada keizinan dari Allah. Sekarang ini baru ada kesempatan. :)

Sebelum ni, saya seorang gadis yang lincah. Tapi saya tak suka aktiviti adventure. Penampilan saya pula biasa-biasa sahaja. Dulu saya penggemar shawl. Kemudian, beralih pula menjadi penggemar pashmina. Suatu hari tu, saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Saya tertarik dengan perubahan pengantin perempuan tu. Dulunya dia bukanlah gadis yang bertudung. Suatu hari, saya nampak dia bertudung labuh. Hati saya tersentuh sangat-sangat. Masa tu, sebak pun ada. Tiba-tiba terdetik dalam hati saya, saya nak juga guna tudung yang labuh. Ketika itu, saya belum betul-betul yakin lagi. Macam-macam yang saya fikirkan.

Mana-mana saya pergi, dan jika saya terjumpa dengan kakak-kakak yang guna tudung labuh, saya rasa seronok sangat-sangat. Sehinggalah suatu hari, ditakdirkan saya mengikuti saya program motivasi. Semua kakak fasilitator guna tudung labuh. Saya rasa seronok tak terkata. (Ketika itu saya mash lagi dengan pashmina saya). Saya berkawan dengan mereka. Setiap kali ada program yang mereka anjurkan, saya pasti akan ikut. Daripada program tersebut, saya berkawan dengan gadis-gadis sebaya saya yang bertudung labuh juga.

Beberapa minggu kemudian, saya dengan kawan baru saya, namanya Nadeera pergi jalan-jalan di pasar. Ketika itu, saya nak balik. Sebelum balik tu, saya sempat lagi jalan-jalan di kedai tudung. Tiba-tiba saya terjumpa kedai yang menjual tudung labuh. Ketika itu, hati saya terdetik nak beli tudung labuh tu. Tanpa fikir panjang, saya terus beli. Saya beli tudung labuh warna hitam untuk permulaan. (mudah nak disesuaikan dengan semua baju).

Keesokan harinya, saya nak pergi kenduri kahwin anak kawan mak saya.So, saya terus guna tudung labuh. Mula-mula tu, semua orang terkejut dengan perubahan. Tapi, saya buat tak tahu jer. Saya teruskan. Cepat-cepat saya mesej kawan saya, Leia. Saya ceritakan semuanya. Leia bagi semangat dengan saya. Katanya, dia dulu pun mengalami situasi yang sama. Dia pesan kepada saya, jangan hiraukan kata-kata negatif yang orang bagi kepada kita. Ingat kembali tujuan kita berubah. Kita berubah kerana Allah dan bukannya kerana manusia. Sejak itu, saya sentiasa bersemangat untuk berubah.

Sehingga sekarang ini, setiap kali saya jumpa dengan famili, mereka akan bagitahu saya, "sekarang ni, makcik/pakcik tengok Awadah semakin berisi yerr...", tapi saya senyum saja. Biarlah orang nak kata apapun, itu hak mereka.

Pesanan saya kepada mereka yang berubah, kalau nak berubah, niat kerana Allah. Insya Allah, Allah akan tolong kita. Dan, jika ada kawan-kawan atau ahli keluarga yang berhijrah, beri sokongan kepada mereka. Jangan perlekehkan usaha mereka. Tunjukkan yang kita senang dengan perubahan mereka.

Apa yang saya nak katakan disini, semenjak saya bertudung labuh, saya rasa lebih selamat dan lebih dihormati. Tak ada sesiapa yang akan ganggu kita kemana-mana pun kita nak pergi.

"APABILA KITA BERUBAH UNTUK JADI BAIK KERANA ALLAH, ALAH AKAN HANTAR ORANG YANG BAIK BERSAMA-SAMA KITA"

-WASSALAM-

3 comments:

  1. assalamualaikum ...
    awadah,, ana doa kan enti istiqamah dgn perubahan ini.. janji ALLAH itu pasti,, kalau kita niat nk hijrah sbb ALLAH,, ALLAH akn hntr org2 yg baik bersama2 kita ,, namun,, suatu hari klk ALLAH akn ambil semula mereka kerana ALLAH nk tgk betul ke kita ni berubah sebab DIA ,, bukan sbb hambaNya yg dihantarNya utk menemani kita dlm hijrah ini ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      insya Allah..
      doakan saya kuat untuk lalui hari2 seterusnya..

      Delete
  2. insya ALLAH ana akn sentiasa mendoakn enti ... :)

    ReplyDelete