Pages

Friday, May 31, 2013

Various type of FONTS

Assalammualaikum semua...
memandangkan saya ni saya gian sangat nak download fonts untuk laptop saya ni...
apakata saya share dengan awak semua...
ok ikut step ini...

1. Klik di sini
    akan keluar yang mcm ini...

 

2. Kemudian pilih FONTS yang mana awak nak....


3. Scroll bawah, awak akan nampak pelbagai jenis FONTS yang ada...


4. Bila dah jumpa FONT mana yang awak nak, awak boleh download...caranya, lihat dibawah...


5. Dah siap download kan??? Nampak tak yang saya bulatkan warna merah tu? Awak klik yang tu...


lepas tu, akan keluar satu folder yang macam ni (dalam bulatan warna pink)...



ada nampak arrow yang berwarna purple tu??? ikut saja arahan yang diberi...
lepas awak click "INSTALL" tu, maka selesailah semuanya...
boleh la awak gunakan FONT comel yang awak dah muat turun tu...
senang kan??

*SELAMAT MENCUBA!*


saya nak jadi warga UNIMAS

Assalammualaikum...
Hari ni, 31 mei 2013....
Jumaat yang penuh barakah...
Alhamdulillah...
tak lama lagi saya akan bergelar siswi...
saya diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)...
(Ya Allah, kenapa ayat ni nerd ajerr bunyi nya...????)

Ok laaa...
Syukur la saya dapat study kt negeri tanah tumpah sendiri...
bukan taknak study kt tempat orang..
tapi xmampu...
taknak susahkan mak...
lagipun..
kt tmpat sendiri pn xkurang hebatnya..
jelajahlah tempat sndiri puas2 dulu..
nanti baru lah jelajah tempat org pulak kan...
excited pulak nak pergi sana... :D
nanti, adalah saya update pasal life kat sana...
So, stay tune.. ^_^
apepun...selamat maju jaya untuk semua kawan2 yang akan sambung study..
sayang korang semua...

*barang2 yang nak dibawa masuk ke asrama macam org nak pindah rumah ajerrr...


Thursday, May 23, 2013

Jatuh Hati dengan benda yang bernama INSTAX PINK!!


Assalammualaikum...
Oh ya, Jumaat yang lepas, semua orang dok kecoh pasal result UPU kan..
uurrmmm....
Saya taknak la kecoh2 dulu sebelum tu..
tapi, bila dah dapat tahu, uwaaaaa!!!
Saya adalah orang yang paling excited!!!
Alhamdulillah...
Saya dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak untuk program Asasi Sains Fizikal..
Maknanya. lepas ni, jarang2 la saya dapat update entri ni lagi ya...

ok2...itu mukadimah saja...
actually, saya nak bagitahu yang saya JATUH HATI DENGAN BENDA YANG BERNAMA INTAX@INSTAX PINK!!!
ye la..sekarang kan ramai yg guna instagram..tp asyik dok post kt alam maya..
xbest la...
so...
saya pergi intai instax yg ada dipasaran...
Ya Allah!!
saya jumpa instax kaler pink...
adduuusshhhhhh!!!!
saya nak instax pink tuuuuuu....
uurrmmm....
harap la kan, saya dapat hadiah instax tu masa birthday saya nanti,..(muka tak malu :))
ni dia instax pink tu...




comelll kannn???
^,^
harap2, suatu hari nanti saya dapat miliki instax pink ni.....



Sunday, May 12, 2013

Saya buat kerana Allah

Assalammualaikum...

Sebenarnya, dah lama saya nak bercerita tentang ini tapi belum ada keizinan dari Allah. Sekarang ini baru ada kesempatan. :)

Sebelum ni, saya seorang gadis yang lincah. Tapi saya tak suka aktiviti adventure. Penampilan saya pula biasa-biasa sahaja. Dulu saya penggemar shawl. Kemudian, beralih pula menjadi penggemar pashmina. Suatu hari tu, saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Saya tertarik dengan perubahan pengantin perempuan tu. Dulunya dia bukanlah gadis yang bertudung. Suatu hari, saya nampak dia bertudung labuh. Hati saya tersentuh sangat-sangat. Masa tu, sebak pun ada. Tiba-tiba terdetik dalam hati saya, saya nak juga guna tudung yang labuh. Ketika itu, saya belum betul-betul yakin lagi. Macam-macam yang saya fikirkan.

Mana-mana saya pergi, dan jika saya terjumpa dengan kakak-kakak yang guna tudung labuh, saya rasa seronok sangat-sangat. Sehinggalah suatu hari, ditakdirkan saya mengikuti saya program motivasi. Semua kakak fasilitator guna tudung labuh. Saya rasa seronok tak terkata. (Ketika itu saya mash lagi dengan pashmina saya). Saya berkawan dengan mereka. Setiap kali ada program yang mereka anjurkan, saya pasti akan ikut. Daripada program tersebut, saya berkawan dengan gadis-gadis sebaya saya yang bertudung labuh juga.

Beberapa minggu kemudian, saya dengan kawan baru saya, namanya Nadeera pergi jalan-jalan di pasar. Ketika itu, saya nak balik. Sebelum balik tu, saya sempat lagi jalan-jalan di kedai tudung. Tiba-tiba saya terjumpa kedai yang menjual tudung labuh. Ketika itu, hati saya terdetik nak beli tudung labuh tu. Tanpa fikir panjang, saya terus beli. Saya beli tudung labuh warna hitam untuk permulaan. (mudah nak disesuaikan dengan semua baju).

Keesokan harinya, saya nak pergi kenduri kahwin anak kawan mak saya.So, saya terus guna tudung labuh. Mula-mula tu, semua orang terkejut dengan perubahan. Tapi, saya buat tak tahu jer. Saya teruskan. Cepat-cepat saya mesej kawan saya, Leia. Saya ceritakan semuanya. Leia bagi semangat dengan saya. Katanya, dia dulu pun mengalami situasi yang sama. Dia pesan kepada saya, jangan hiraukan kata-kata negatif yang orang bagi kepada kita. Ingat kembali tujuan kita berubah. Kita berubah kerana Allah dan bukannya kerana manusia. Sejak itu, saya sentiasa bersemangat untuk berubah.

Sehingga sekarang ini, setiap kali saya jumpa dengan famili, mereka akan bagitahu saya, "sekarang ni, makcik/pakcik tengok Awadah semakin berisi yerr...", tapi saya senyum saja. Biarlah orang nak kata apapun, itu hak mereka.

Pesanan saya kepada mereka yang berubah, kalau nak berubah, niat kerana Allah. Insya Allah, Allah akan tolong kita. Dan, jika ada kawan-kawan atau ahli keluarga yang berhijrah, beri sokongan kepada mereka. Jangan perlekehkan usaha mereka. Tunjukkan yang kita senang dengan perubahan mereka.

Apa yang saya nak katakan disini, semenjak saya bertudung labuh, saya rasa lebih selamat dan lebih dihormati. Tak ada sesiapa yang akan ganggu kita kemana-mana pun kita nak pergi.

"APABILA KITA BERUBAH UNTUK JADI BAIK KERANA ALLAH, ALAH AKAN HANTAR ORANG YANG BAIK BERSAMA-SAMA KITA"

-WASSALAM-